PEDANG DAN ULAR Inilah visinya/wahyunya. Saya berada di tengah-tengah dewan sidang yang sangat besar (sebuah gereja), dan dinding-dindingnya dan siling-silingnya adalah diliputi dengan batu-batu permata dan perhiasan-perhiasan dan tingkap-tingkapnya adalah diperbuat daripada kaca berwarna (satu katedral atau gereja yang biasa). Dewan tersebut penuh dengan orang, ada yang kaya, ada yang miskin, ada yang sakit dan lumpuh, bisu dan buta; tetapi semua ada memakai rantai dan digari tangan dan tiada yang bebas, (satu gambaran gereja hari ini, mereka ada di gereja tetapi tidak bebas). Di depan sidang dewan ada satu pentas yang sangat besar, dengan tempat berkhutbah di satu sebelah dan satu sangkar di satu sebelah lagi, dengan satu ular hijau yang sangat besar di dalamnya; dan bergantung di atas tempat pengkhutbah berdiri ialah satu pedang yang sangat besar yang digantung oleh dua utas tali secara melintang; dan di atas pentas ada beberapa paderi, 8 atau 10, berpakaian jubah-jubah paderi, satu orang duduk di belakang yang satu lagi, satu orang duduk hanya lebih tinggi sedikit daripada yang satu lagi. Perhimpunan memandang lelaki-lelaki ini dan mereka memandang gereja. Untuk seketika keadaan adalah senyap sehinggalah ada suara bergemuruh dari tempat berkhutbah, seolah-olah ia datang terus daripada Allah, yang berkata, “Siapa akan mengisytiharkan seluruh kaunsel (nasihat) Allah?” Dan paderi lelaki yang pertama bangun dengan sebuah alkitab di dalam tangannya, dan apabila dia berbuat demikian, ular tua tersebut yang berwarna hijau membuka lingkarannya dan menjangkau sambil mendesis terhadap lelaki tersebut dengan mata-matanya yang berkilau-kilauan dan taring-taringnya yang menjulur; dan lelaki Allah tersebut, yang dipanggil secara palsu, duduk balik ke dalam kerusinya dan meletakkan alkitabnya di bawah kerusi. Dan apabila ular itu menjangkau ke atas kepalanya dan menyentuh pedang tersebut, dia berkata kepada lelaki tersebut, “Sesiapa yang mematuhi suara Allah, saya akan bunuh dengan pedang ini.” Dan untuk seketika, keadaan adalah senyap lagi. Dan kemudian Suara tersebut berbunyi dari tempat berkhutbah lagi, “Siapa akan mengisytiharkan seluruh kaunsel (nasihat) Allah?” Dan kemudian lelaki yang kedua dalam jubah paderinya bangun seolah-olah dia akan tampil ke depan, dan sekali lagi ular tersebut membuka lingkarannya terhadapnya, dan dia jatuh bergolek ke belakang dengan ketakutan dan duduk dan meletakkan alkitabnya di bawah kerusinya (menyembunyikan Firman). Ular tersebut sekali lagi menyentuh pedang dan dengan komen yang sama berkata, “Saya akan bunuh kamu, jika kamu mematuhi suara Allah.” Dan untuk kali ketiga, Suara tersebut dari tempat berkhutbah bergemuruh dan lelaki ketiga bangun dan duduk seperti yang dua orang sebelumnya. Dan sekali lagi dan sekali lagi Suara tersebut berbunyi sehinggalah setiap paderi lelaki ada peluang untuk menentang ular tersebut tetapi rasa takut mengatasi mereka semua, seperti tiga orang pertama yang telah dikalahkan. Dan kemudian Suara tersebut berbunyi lagi dari tempat berkhutbah yang berkata, “Oh, kalau ada seorang; Oh, kalau ada seorang; Oh, kalau ada seorang yang akan mengisytiharkan seluruh kaunsel (nasihat) Allah, agar orang-orang yang dirantai ini boleh dibebaskan! Tiada seorangkah?” Kemudian seorang lelaki yang pendek (bermakna dia adalah seorang yang tidak penting/tidak berguna di mata dunia), naik ke atas pentas dan berdiri di bawah pedang tersebut, dan dia melihat ke langit dan berkata, “Ke Dalam Tangan-TanganMu Oh Allah, saya menyerahkan roh saya.” Kemudian dia buka alkitabnya dan membaca. Dia tidak menambah apa-apa pun ke dalamnya dan dia tidak mengambil apa-apa pun darinya; dia membaca Firman tersebut, dan bercakap seperti seorang yang ada kewibawaan. Dan apabila dia sudah menghabiskan pembacaan, ular tua tersebut menjangkau ke atas ke mata pedang tersebut dan memotong salah satu daripada tali-tali yang memegang pedang di tempatnya, dan pedang tersebut berayun turun dan tidak kena lelaki tersebut dan melewati kepalanya; kerana dia adalah seorang lelaki yang “pendek”; dan beban pedang tersebut menyebabkan tali yang satu lagi putus, dan pedang tersebut berayun balik dan menusuk hati-hati paderi-paderi lelaki yang berbaris dan memakukan mereka ke dinding. Dan satu jeritan putus asa yang sangat kuat berbunyi dari tempat berkhutbah; tetapi lebih lagi teriakan kegembiraan yang lebih kuat datang daripada perhimpunan, kerana rantai-rantai setiap orang telah dibuka dan mereka telah dibebaskan! (Dengan Firman, mereka telah dibebaskan). Apabila visi ini telah menghilang, saya nampak satu lagi visi Penyelamat di dalam awan, betul-betul di atas kepala saya. Dia berfirman, “Dengarlah anak lelaki saya, maksud semua ini. Dewan sidang yang kamu nampak adalah gereja duniawi, mempunyai satu bentuk kesalihan, tetapi menafikan kuasanya. Mereka semua diliputi dengan batu-batu permata kegembiraan-kegembiraan dunia ini dan tiada penghujung bagi perak dan emas mereka. Orang-orang yang kamu nampak adalah yang saya mati untuk mereka tetapi umat Saya dibinasakan kerana kekurangan pengetahuan; mereka ada mata tetapi mereka tidak nampak; mereka ada telinga tetapi mereka tidak dapat mendengar. Mereka benar-benar diperhambakan dan haruslah dibebaskan! Pentas yang kamu nampak, di mana paderi-paderi lelaki sedang duduk; pentas tersebut adalah pendapat-pendapat prasangka (praanggap) yang mempunyai asal usulnya dari lubang neraka. Tempat mengkhutbah adalah takhta Allah; dan ular tersebut, Lucifer si tua sendiri. Pedang yang kamu nampak adalah Firman Allah; dan tali-tali di mana ia bergantung bermakna kuasa Firman unutk memberi kehidupan ataupun kuasa Firman untuk mengambil kehidupan. Kehidupan diberikan kepada lelaki yang pendek dan kehidupan diambil daripada paderi-paderi lelaki yang tidak mengajar (berkhutbah) Firman Saya! Paderi-paderi lelaki yang kamu nampak adalah lelaki (dan perempuan) dari setiap gereja yang berpura-pura mengenali Saya tetapi mereka mengajar Umat Saya apa yang tidak tertulis di dalam Buku Kehidupan; dan keangkuhan mereka dan andaian mereka, dan jiwa duniawi mereka memaksa mereka mematuhi Syaitan, seorang pembohong dan Bapa segala bohong; setiap daripada paderi-paderi lelaki mencuba dan melebihi yang satu lagi dalam keanggunan, dalam hasil-hasil tulisan yang meluas, hujah dan yang serupa; tetapi mereka hanya mengambil kira “huruf” Firman tersebut dan meninggalkan “roh” Firman tersebut. Dan hari tersebut akan datang dan sekarang sudah dekat, apabila mereka semua akan binasa, hanya seperti ini.” Setelah mengambil kira peristiwa yang dahysat ini, Tuhan bercakap lagi dengan firman-firman ini, “Adakah kamu ingat dengan Firman-Firman Saya di dalam nubuat Yeremia 23, dan juga Firman-Firman Saya di dalam nubuat Yehezkiel bab 34?” Yesus berfirman, “Bacalah.” Dan saya membuka alkitab saya dan membaca, “Malanglah gembala-gembala yang membinasakan dan mencerai-beraikan domba-domba dari padang rumput Saya, Tuhan berfirman” (Yer 23:1). “Dalam nabi-nabi saya nampak satu perkara yang dahysat, mereka berzina dan berjalan dalam pembohongan: (pemutarbelitan Firman Allah) dan menguatkan tangan-tangan orang yang berbuat jahat” (Yer 23:14). Yesus berfirman, “Pada hari-hari yang akhir, kamu akan memahami ini. Malanglah gembala-gembala yang menyuapkan diri sendiri! Tidak patutkah gembala-gembala menyuapkan domba-domba?” (Yeh 34:2). “Kamu tidak menguatkan yang lemah, atau menyembuhkan yang sakit atau membalut yang luka. Kamu tidak membawa pulang yang sesat atau mencari yang hilang. Kamu memerintah mereka dengan keras dan kejam” (Yeh 34:4)… “Saya akan memusnahkan yang gemuk dan kuat; dan Saya akan menyuapkan mereka dengan penghakiman” (Yeh 34:16). Kemudian Dia berfirman kepada saya, “Gembala-gembala palsu ini tidak akan dapat melepaskan diri apabila pedang jatuh ke atas mereka. Tetapi domba-domba Saya haruslah diberikan amaran, mereka haruslah dibebaskan!” Dan sekali lagi Dia berfirman, “Adakah kamu ingat Firman-Firman Saya di dalam nubuat Yeremia di bahagian akhir bab 25? Bacalah!” Dan saya membaca firman-firman ini,
“Pada hari itu mayat orang yang dibinasakan oleh Tuhan
akan ada dari satu hujung bumi ke satu hujung lagi” (Yer 25:33).
“Menangislah, hai gembala-gembala kerana sudah tiba
hari pembantaian (penyembelihan) kamu!” (Yer 25:34). Kemudian Dia
berfirman kepada saya, “Hari-hari tersebut akan
datang dengan cepat, gembala-gembala akan meraung, ya, akan ada tangisan dan
gertakan gigi; tetapi apabila pedang sudah jatuh, ia akan menjadi terlambat
selama-lamanya. Lelaki yang kamu nampak yang pendek, adalah setiap lelaki dan
perempuan yang merendahkan dirinya dan patuh bahkan sehinggalah kematian salib,
meletakkan kepercayaannya dalam Allah dan maju ke depan mengisytiharkan seluruh
kaunsel (nasihat) Allah!” “Oh, jika Saya boleh mencari seorang, bolehkah kamu
beritahu Saya di manakah ada orang begitu? Dengan orang sedemikian, saya boleh
menggegarkan syurga dan bumi,” Tuhan berfirman. |