MELALUI PINTU PENYERAHAN Visi yang dipanggil, Melalui Pintu Penyerahan oleh Susan
Cummings. Dalam satu visi, saya nampak satu pemandangan terbentang di
depan saya. Ia adalah satu visi mengenai satu pekan atau perkampungan yang purba.
Terdapat tembok-tembok batu yang mengelilingi perkampungan ini dan tembok-tembok
tersebut adalah tebal dan tinggi. Batu-batunya adalah lama dan terdapat
tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di dalam beberapa retakan di tembok-tembok batu. Pemandangan ini adalah hampir sudah lewat. Saya nampak
beberapa orang duduk di sekeliling dan berdekatan tembok-tembok pekan tersebut.
Ada yang berkhemah di luar tembok-tembok sambil duduk di tepi api, dan ada yang
berjalan-jalan mengelilingi tembok-tembok untuk pergi ke sebelah. Saya tidak
nampak apa yang ada di sebelah, jadi saya terus memerhatikan pemandangan yang
terbentang di depan saya. Saya mengkaji tembok-tembok tersebut untuk beberapa minit.
Tembok-tembok tersebut adalah lama, seperti yang saya perhatikan dari awal lagi.
Tembok-tembok ini adalah sangat tinggi dan lebar dan mempunyai celah-celahan di
sini dan di sana untuk tingkap-tingkap, saya meneka. Tiada pintu-pintu masuk di
bahagian tembok ini kecuali untuk satu pintu yang sangat lama. Pintu lama ini
telah disekat dengan sepenuhnya oleh semak-semak liar berduri dan
tumbuh-tumbuhan lain. Itu mungkin sebabnya orang sedang berjalan mengelilingi ke
sebelah tembok pekan tersebut. Nampaknya seperti tiada orang yang belum
membersihkan pintu tersebut ataupun melaluinya untuk seketika. Apa yang ada di
sebelah tembok di sini adalah hanya satu khemah beberapa orang dan
belukar-belukar di sana dan sini. Saya rasa ingin tahu dan mahu melihat pintu ini. Dengan
serta-merta, apabila saya berfikir tentang pintu ini, saya dibawa mendekati
pintu ini di dalam visi. Pintu tersebut memang bersemak dan boleh dirasai tidak sedap
hati melihatnya. Saya, mungkin berfikir dua kali untuk menghadapi semak-semak
liar berduri sebelum masuk. Ia mungkin menyebabkan kamu seperti dibelasah dan
dicakar jika anda cuba mengalihkan semua ini daripada pintu tersebut. Pintu
tersebut didapati bertutup apabila saya melihat dengan teliti melalui
semak-semak liar berduri. Ia adalah berat dan ada satu kunci besar yang masih
terletak di dalam lubang kunci pintu. Tiada orang yang ingin bersusah payah
mengalihkan kunci ini. Saya ketawa dengan diri saya kerana tiada orang yang akan
mengambil kunci ini kerana semak-semak yang tumbuh di sekeliling pintu ini! Saya
berdiri dan melihat pintu tersebut. Saya nampak satu inskripsi di atas pintu.
Adalah sukar untuk membacanya kerana ada semak-semak liar berduri yang sudah
tumbuh menutupinya. Walaupun begitu, saya berdiri dan mencapai ke dalam untuk
mengalihkan sebahagian ranting-ranting. Inskripsi tersebut sangat lama dan
tertulis ke dalam batu di atas pintu. Ia dibaca, “Penyerahan”. Saya berundur ke belakang dan tertanya-tanya berapa lama ia
sudah ada di sini. Siapa yang buat dan kenapa ia tidak lagi digunakan. Saya
tertanya-tanya kenapa tiada orang yang mengambil peduli untuk membersihkan
laluan ini dan menggunakan satu pintu yang boleh membawa mereka masuk ke pekan
tersebut. Tuhan kemudiannya bercakap dengan saya, dan berfirman,
“Penyerahan adalah pintu yang paling kurang digunakan.” Saya berpusing dan Tuhan berdiri di tepi saya. Dia menunjuk
pada pintu tersebut. Dia berfirman, “Pintu ini adalah yang paling berharga dan
yang paling tidak dikenali. Ia adalah yang paling dibenci dan paling ditakuti
dan manusia akan berusaha berbuat apa saja untuk tidak memasukinya dan
melaluinya walaupun ia adalah pintu masuk yang paling cepat ke pekan tersebut.” “Seperti apa yang kamu sudah teka, pekan ini melambangkan
Rumah Saya dan keadaan semasanya adalah kopak-kapik dan memerlukan mutu hasil
kerja. Banyak pintu tetapi pintu-pintu yang paling penting sering disalahgunakan,
diabaikan, dikawalkan atau dalam keadaan teruk. Yang paling digunakan adalah
yang boleh membawa kepada urusan-urusan atau tempat-tempat perkumpulan mereka.” Dia kemudiannya berjalan ke semak-semak liar berduri dan
mengambil satu ke dalam tangannya. Dia menuding dan berfirman kepada saya, “Bolehkan kamu masuk
melalui pintu ini?” Saya menggeleng kepala saya, dan berkata, “Tanpa
membersihkan laluan tersebut dulu.” Tuhan tersenyum lebar. “Ya,” Dia berfirman, “Inilah yang Saya
sedang lakukan.” “Ramai yang fikir yang mereka boleh melencong (memintasi)
pintu ini dan masuk ke dalam apa yang Saya buat pada masa ini dan melalui satu
jalan lagi. Tiada pintu yang lain yang boleh dilalui oleh manusia. SAYA ADALAH
Pintu itu, dan sesiapa yang datang ke Bapa, hanya boleh datang masuk ke dalam di
sini. Hanya melalui penyerahan sepenuhnya kepada Saya, yang mereka benar-benar
boleh masuk ke dalam.” “Saya bukan saja bercakap tentang perihal diselamatkan. Saya
mempunyai banyak domba di banyak padang rumput.” “Saya bercakap tentang mendiami Saya dengan sepenuhnya.
Penyerahan berlaku apabila kamu benar-benar mengorbankan semua perkara (keadaan,
kehidupan, benda), dan mengambil Kok (Pengandar) Saya ke atas kamu, dan meminum
dari Cawan Saya. Tidak banyak yang boleh. Ramai yang mengambil Nama Saya, Darah
Saya, Firman Saya dan Takhta Saya dan memanggilnya milik mereka. Tidak banyak
yang benar-benar mati dan meletakkan diri mereka di Kaki Saya dan memberikan
hidup mereka kepada saya untuk dijadikan kepada Imej Saya. Tidak banyak yang
mahu menyerupai Saya, berfikir seperti Saya, dan hidup seperti Saya. Lagi tidak
banyak, yang menyerahkan sepenuhnya kepada Saya.” “Saya datang kepada orang yang dimiliki oleh Saya. Yang telah
menyerahkan sepenuhnya kepada Saya dan hidup bersalib. Saya datang kepada yang
menanggung Salib Saya dan meminum dari Cawan Saya. Saya datang kepada yang
mengenali Penderitaan Saya dan Kegembiraan Saya. Saya datang kepada yang
menanggung Tanda Saya dan yang menanggung Nama Saya di dalam mereka. Sememangnya
saya menulis Firman Saya dan Nama Saya di atas hati dan minda umat Saya. Yang
telah memberikan hati dan minda mereka kepada Saya dan yang sepenuhnya berjalan
dalam Cara-cara Saya. Inilah yang juga menanggung celaan manusia di dalam badan
mereka dan yang menanggung Kesucian Saya di dalam mereka. Mereka membenarkan
kerja Bapa Saya membakar di dalam dan di luar mereka. Inilah Umat Muhsin (Baik)
yang sebenarnya. Yesus berundur dan melangkah lebih dekat di mana saya sedang
berdiri. Dia melihat saya dan berfirman, “Saya mahu kamu masuk ke dalam pintu
tersebut.” Saya sekali lagi melihat pintu tersebut dan semak-semak liar
berduri. Saya menelan air liur saya dan berkata, “Okey. Saya akan membersihkan
jalan itu. Saya akan membukanya lagi untuk laluan orang lain.” Saya berpusing dan mula mencapai semak-semak liar berduri.
Saya menarik tetapi ranting-ranting tidak berganjak dengan senang. Semak-semak
liar berduri tidak bergerak. Mereka seolah-olah beku di tempatnya. Mereka sangat
kuat dan mengikut edaran masa, sudah tumbuh dengan kukuh di dalam tanah. Ini
akan memerlukan kerja keras. Saya berusaha sedaya upaya dan mencari jalan untuk
menggerakkan ranting-rantingnya. Nampaknya tiada jalan lain. Saya melihat
sekitar untuk benda yang boleh digunakan untuk menggali. Saya berfikir kalau
saya menggali akar-akarnya, saya boleh menarik setiap belukar satu persatu. Akan
tetapi, tiada yang dijumpai. Tuhan masih berdiri di sana dan Dia pun tiada
penyodok. Dia memerhatikan saya dengan asyiknya. Saya mula merasa hampa
dan berdiri. Semak-semak liar berduri bukan saja tidak berganjak tetapi telah
mencalarkan dan menggeserkan saya. Saya tiada perkembangan. Saya melihat
semak-semak liar berduri dan duduk. Saya meneliti tembok-tembok tersebut dan tiada apapun yang di
sekitarnya yang boleh digunakan untuk penuilan, yang boleh mengumpil. Tiada
papan. Ada beberapa orang berkhemah lebih jauh dari saya tetapi mereka hanya
memerhatikan saya. “Tiada minat untuk menolong saya,” saya berfikir. Tuhan duduk bersebelahan dengan saya. Dia berfirman kepada
saya, “Kamu tidak boleh mengalihkan mereka dengan usaha-usaha sendiri.” “Manusia membuat kesilapan dengan berfikir mereka boleh
berusaha dengan sendiri untuk mencari jalan menuju ke Saya. Mereka boleh
membersihkan hidup mereka dan dengan sendiri memperbetulkan keadaan. Hanya
apabila kamu sampai penghujung dirimu sendiri and menyedari yang kamu tidak
boleh berbuat apa-apa dan yang kamu bukan apa-apa tanpa Saya, barulah kamu
benar-benar boleh menyerahkan kesemuanya. Akan tetapi manusia tidak mahu
menyerahkan kehendak-kehendak mereka.” “Hanya saya yang boleh mengalihkan semak-semak liar berduri.
Semak-semak liar berduri adalah pertahanan yang manusia dirikan yang menghalang
mereka daripada menghampiri Saya. Setiap semak liar berduri melambangkan
benda-benda yang boleh memberikan kamu sekuriti, keselesaan dan kekuatan.
Benda-benda ini memupuk harga diri dan membuat kamu fikir yang kamu adalah
lengkap. Inilah benda-benda di mana kehendak kamu bergantung untuk memupuknya
dan mengekalkan identitinya.” “Apabila kamu memahami yang SAYA ADALAH benar-benar Tuhan
kamu dan kamu tidak terpisah daripada Saya dan kehendak kamu adalah Kehendak
Saya, barulah kamu benar-benar boleh melepaskan semak-semak liar berduri di
dalam hidup kamu kepada Saya. Sehingga itu, kamu mendirikan mereka dan
menggunakannya untuk tujuan kamu dan terlepas Kehendak Saya dalam hidup kamu.
Kalau manusia memilih Kehendak Saya, dan dengan sepenuhnya memeluk Saya, Api
Saya akan datang dengan sepenuhnya. Api Saya yang akan membakar semua serpihan
yang masih ada supaya kamu boleh membuka pintu dan berjalan dengan Saya secara
bebas.” Saya berdiri dan menghampiri semak-semak liar berduri
tersebut. Saya melihat semak-semak tersebut dan menyentuh ranting-rantingnya
yang bersimpul dan berkusut. Saya berkata, “Tuhan, Saya menyerah kepada Engkau
dengan sepenuhnya. Bawalah Api Engkau dan bakarlah semua serpihan, semua
pertahanan, semua identiti dan semua kehendak diri saya. Saya bukan apa-apa
tanpa Engkau.” Tiba-tiba, kesemua semak-semak liar berduri mula terbakar di
depan saya. Semak-semak ini menyala dan dijilat api. Saya berundur dan
memerhatikan mereka membakar. Semak-semak ini berdetas-detus di dalam api sambil
api membakar daun-daun dan ranting-ranting. Ada ketenteraman yang boleh dirasai
sambil saya melihat mereka terbakar. Saya menunggu sambil mereka terbakar hingga
menjadi tompokan bara-bara api di sini dan di sana. Kemudiannya saya berjalan melalui tompokan-tompokan api yang
masih membakar dan menghampiri pintu tersebut. Pintu tersebut bertutup dan kunci
masih di dalam lubang kunci yang lama. Memang pintu yang berat, sangat besar dan
lama. Ia mempunyai jaluran keluli yang melalui panel-panelnya. Kunci itu adalah
sebatang kunci yang besar dan lama dan ia ada satu pemegang bulat dengan satu
gelung di dalamnya. Saya meletakkan tangan saya di dalam gelung tersebut. Tangan saya muat betul di dalam gelung tersebut. Saya
memegang kunci itu dan memusingnya. Ia tidak berpusing. Ia sudah lama ada di
dalam lubang kunci itu. Ia seperti tersangkut. Ia pun tidak dapat dikeluarkan
dari lubang kunci. Saya berfikir untuk seminit. Apakah kuncinya? Kemudian, saya
berfikir, kita masuk ke dalam melalui Darah tersebut. Dengan itu, saya berkata,
“Darah Yesus Kristus telah membayar hukuman untuk dosa-dosa (“atone”) saya
supaya saya boleh masuk sepenuhnya dan berjalan bersamaNya dengan rapat.” Kunci itu berpusing dan lubang kunci berbunyi klik. Saya
menyentuh pintu itu. Pintu itu sangat besar dan tinggi. Banyak orang boleh masuk
melaluinya dalam satu masa jika ia dibuka. Tuhan kemudiannya berfirman, “Saya
Adalah pintu di mana semua manusia boleh masuk ke dalam kerana saya telah
membuat jalan ini untuk semua manusia. Saya sanggup membenarkan semua melaluinya
jika mereka mahu, tetapi tidak banyak yang mahu memilih.” “Kebanyakan orang mengelakkan pintu ini dan cuba mencari satu
jalan lagi untuk masuk ke dalam Rumah Saya. Akan tetapi mereka tidak menangani
isu-isu utama, semak-semak liar berduri, dan tidak benar-benar menyerah kepada
Saya dan tidak memberi saya kehendak mereka, oleh itu saya benar-benar bukan
Tuhan untuk mereka.” “Saya mengambil setiap anak yang datang kepada saya dan
membawa mereka melalui pintu-pintu ke Rumah Saya, satu persatu. Setiap orang
memegang satu Kebenaran, dan satu kunci untuk hidup mereka. Setiap Kebenaran dan
kunci membawa mereka lebih dekat kepada Saya dan membawa mereka pengetahuan yang
lebih mendalam tentang Saya. Tetapi tiada pintu yang lain yang boleh membawa
mereka lebih dekat ataupun lebih rapat dengan Saya, selain daripada pintu ini.
Inilah yang paling ditentang dan yang paling ditakuti.” “Jika kamu tidak menyerah sepenuhnya kepada Saya dan bersatu
dengan Saya dan mengambil Persamaan Saya dan Hidup Saya, Saya tidak benar-benar
mengenali kamu. Kecuali kamu berubah dengan sepenuhnya, kamu akan tetap jadi
seorang yang tidak dikenali dan akan dibuang ke kegelapan di luar pada
Kedatangan Saya.” “Manusia berfikir mereka boleh berkhemah di atas
Kebenaran-kebenaran Saya dan mengambil bahagian dalam beberapa perkara di sini
dan di sana dan menjadinya pentas dan pertahanan tetapi mereka gagal menggunakan
Saya, Firman Hidup, Seluruh Kaunsel (Nasihat) Allah, di dalam hidup-hidup mereka
dan mereka tidak berubah dengan sepenuhnya. Mereka hanya akan bertambah
tersangkut dengan usaha-usaha mereka dan bertambah tersisih daripada Saya.” “Tetapi kamu haruslah memeluk segala Saya dengan sepenuhnya
dan melemparkan dirimu dengan sepenuhnya ke atas Saya dan mengambil Saya dengan
sepenuhnya sebagai Tuhan dan Allah. Hanya Saya sajalah boleh mengubah kamu
sambil kamu memeluk Saya. Hanya Saya saja boleh menjadikan kamu kepada Imej Saya
dan bukan kamu sendiri. Jangan ambil satu Kebenaran dan membuang yang satu lagi.
Peluklah dengan sepenuhnya semua Firman saya dan biarkannya membuat kerja di
dalam kamu. Jangan meninggikan satu Kebenaran di atas yang lain; binalah di atas
mereka, makanlah mereka dan biar mereka mendiami kamu.” “Firman saya haruslah dimakan dan bukan dibina ataupun
digunakan untuk tujuan manusia. Ia haruslah dipeluk. Ia haruslah diambil and
buah hasilnya akan dilihat dalam jalan hidup. Kehidupanlah yang ada di dalam
Firman Saya, jika ia diambil dengan betul akan terbayang di luar. Itulah yang
akan ternampak. Penyerahan Hidup adalah hidup yang dapat dilihat oleh semua
orang. Ia adalah dibenci oleh banyak orang.” “Apabila Saya dibayangkan dengan sepenuhnya, perubahan yang
sebenar sudah datang.” “Rumah ini adalah Rumah Saya. Ia dibina di atas asas-asas
banyak generasi sebelum kamu. Ia telah melihat banyak hari Kemuliaan dan banyak
hari kekalahan. Pada masa ini, ia sudah jatuh dan di beberapa tempat, ia dalam
keadaan kopak-kapik, dan yang berlalu ataupun melaluinya tidak menguatkan
tembok-tembok dan membersihkan ataupun membaiki pintu-pintu. Mereka hanya
mengambil peduli urusan-urusan mereka sendiri dan bukan untuk Rumah Saya. Mereka
tidak mahu berubah. Itu akan berubah sekarang.” “Saya akan membawa Penjaga-penjaga Pintu yang sebenarnya dan
mereka akan membaiki Pintu-Pintu.” “Saya akan mengoyakkan apa saja yang bukan dibina oleh Saya
pada Waktu ini dan tiada apa yang dibina oleh manusia akan berdiri sementara
Rumah Saya sudah jatuh dan dalam keadaan kopak-kapik. Setiap asas akan
didedahkan dan Milik Saya akan dibangunkan. Saya Adalah Tuhan Rumah Saya dan
Saya akan mempunyai Rumah Suci yang sesuai untuk Penggunaan Saya.” “Berusahalah dengan rajin dalam pencarian untuk Kebenaran dan
sentiasalah memeluk Saya dengan sepenuhnya. Benarkanlah Firman Saya dibentuk
lebih banyak di dalam kamu dan selalulah makan Firman Saya. Jika Firman-Firman
Saya mendiami kamu, Saya akan datang lebih mendalam lagi. Sambil kamu memberi
lebih banyak ruang kepada Saya, Saya akan terus makan dan minum (“sup”) dengan
kamu dan berkongsi dengan kamu dari meja Bapa Saya. Ini adalah kerana daging
bukan saja diberikan kepada yang mengingini roti. Ia diberikan kepada yang telah
menyerah sepenuhnya kepada Saya.” Tuhan berpusing dan menolak buka pintu dan masuk ke dalam
kota bertembok. Susan Cummings, 18hb September 2005 pada 3:58 pagi. |