| Halaman-halaman 
          berikut adalah makalah-makalah yang terbaru dan terkini yang telah di 
          tambahkan kepada Laman-laman Web Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia Pada Tahun 2004 :         
          7 November 2004, Syalom! Dan Salam Sejahtera dalam 
            Nama Tuhan yang Maha Esa lagi Maha Penyayang! Apakah yang dimaksudkan 
            oleh ungkapan 'Pengasih dan Penyayang' itu yang sebenar? 
            Sayidina Isa as. sendiri telah memberi pengajaran dan 
            penjelasan 
            Baginda melalui ibarat-ibaratnya.Kami acap kali mendengar tanggapan bahawa Sayidina Isa al-Masih 
            telah datang ke Dunia kononnya "untuk melayani hanya di antara 
            umat Israil" tetapi 
            andaian ini sangat jauh sekali dari kebenaran dan apa yang 
            Sayidina Isa sendiri telah mengajari para Hawariyun dan pengikut-pengikutNya!16 Ogos 2004, Para tetamu Website Bahasa, kini 
            berpeluang mendengar beberapa lagi Kesaksian serta Kisah Benar 
            dan Nyata. Dengan penuh kesyukuran kepada Tuhan, kami mempersembahkan 
            Kesaksian Saudara Hisham 
            dan juga Kesaksian Saudari Sharifah 
            dalam format .mp3. Nikmatilah Kisah-kisah Benar mereka melalui Speaker 
            PC anda!Di Bahagian Kesaksian pula, disajikan Kisah Nyata dan 
            Kisah Benar dua para Syahid yang telah menjadi martir bagi 
            Sayidina Rabboni Isa. Mereka adalah Syahid 
            Tahir Iqbal dari Pakistan dan Syahid 
            Mehdi Dibaj dari Iran. Marilah kita lihat bersama-sama bagaimana 
            hidup-mati kedua Syahid ini berada dalam tangan Penebus mereka yang 
            maha kuasa. Halleluyah!Seringkali kita mendengar claim bahawa Nabi Muhammad itu 
            ialah khatam nabiyin, tetapi tidakkah benar ada juga orang 
            lain - di dalam Islam dan juga di luarnya, yang telah bangkit sebagai 
            'Nabi dan Rasul', marilah kita membandingkan 
            claim nabi-nabi ini serta kemiripan ciri-ciri di antara 
            mereka.5 Mei 2004, Kali ini, kita berpeluang menikmati satu 
            Wawancara 
            dengan tokoh Mashaf dokumen-dokumen kuno Kitab Suci 
            Injil-Dr.Bruce Metzger. Marilah kita bersama-sama perhatikan betapa 
            kukuhnya dalil-dalil yang membuktikan betapa terpeliharanya kondisi 
            suhuf-suhuf KSI hari ini.Penyangkalan dan penangkisan 
            respons seorang misionari Islam yang cuba menggunakan cara-cara 
            yang sangat mencurigakan dan kurang masuk akal bagi mendukung teori-teori 
            janggalnya.Apakah 'Nabi Isa a'la Islam' adalah benar, tetapi mengapakah 
            majoriti ahli-ahli sejarawan (selain daripada pendakwah Muslim) 
            tidak 
            meyakini al-Quran sebagai satu sumber yang bagus bagi mengkaji 
            riwayat Baginda?Melayarilah ke laman 
            web ini yang menyajikan banyak nikmat-nikmat kerohanian - 
            termasuk beberapa kursus dan mata-mata kuliah yang disyorkan kepada 
            sesiapa yang mahu mencari kebenaran!1 Mac 2004, Salam Sejahtera Pembaca-pembaca yang 
            Budiman! Kita Bertemu Lagi di Laman Web ini, Marilah Kita Bersama-sama 
            Mencari Kebenaran Dengan Minda yang Terbuka dan Hati yang Siap Menerima 
            Hidayah dari Tuhan Allah. Untuk Memahami Mana-mana Agama yang Lain, 
            Kita perlu Mengabaikan Prasangka-prasangka dan Salah-tanggapan Kita 
            Masing-masing, Di sini 
            terdapat Beberapa Contoh Salah-tanggapan Tersebut.Umat Islam Sering kali Melontarkan Tuduhan Kosong Bahawa Kononnya 
            "Kitab Injil Sudah Diubah oleh Manusia" Tetapi Mereka Lupa Bahawa 
            Suhuf al-Quran Juga Ada Sejarah Tekstualnya! Mari Kita 
            Meninjau 
            Masalah Suhuf dan Bacaan-bacaan al-Quran yang Berbeda-beda 
            dari Segi Ilmiah dan Pengkajian Pakar-pakar Mashaf.Di Internet, Terdapat Banyak Sekali Bahan-bahan Rujukan 
            AlKitabiah seperti Kamus, Ensyklopedia dan Komentari Kristian yang 
            Cukup Bagus, Di Sini Ialah 
            Satu Sumber Ilmiah yang Cukup Lengkap dan Bagus Bagi Maklumat 
            Kitabiah Kristian Untuk Anda Semua. |