Mesej Dari Tuhan (Surat Aldo)
Oleh Aldo McPherson
(Diterjemahkan Oleh Ryan LG)
Ayat-ayat yang ditulis oleh seorang budak lelaki, bernama Aldo semasa
Tuhan berbicara kepadanya
[English/Main]
(Click Picture to Enlarge)
Sabtu, 24 Februari 2007
Bersedialah apabila Tuhan menghantar AnakNya Yesus mengambil kita.
Kerana ini akan terjadi lebih
cepat dari yang kita sangkakan.
Tolonglah terima Yesus sebagai Juruselamat kamu. Jika tidak kamu akan
terlambat!
Ketahuilah bahawa Neraka itu betul ada (nyata), Yesus telah mempelihatkan
saya segala-galanya. Percayalah dengan saya, kamu tentunya tidak mahu masuk
ke Neraka itu!!
Yesus berkata, sesiapa juga yang menerima Dia tidak akan binasa.
Syurga itu dipenuhi Kasih dan mereka akan hidup bersama-sama dengan Tuhan
Bolehkah kamu mempercayai saya dan menerima Yesus.
Kamu boleh menjadi MempelaiNya, Tetapi kamu hendaklah menyerahkan seluruh
hidupmu, TOLONG lakukannya sekarang!
Jumaat, 23 Februari 2007
Tahukah kamu bahawa kita akan bersama-sama di syurga?
Di sana kita tidak akan pernah sakit. Setiap orang akan sihat dan Tuhan
Allah Bapa akan duduk di tahktanya dan AnakNya duduk di samping.
Kerana mempelai adalah Kudus. Mama, kamu mesti beritahu orang bahawa kita
berada dalam kategori Gereja
Laodikia.
(Rev 3:14-22)
Tuhan akan melakukan pengadilan kepada semua mereka yang tidak menerimaNya.
Isnin, 26 Februari 2007
Kamu mesti memberi amaran kepada semua orang bahawa
Tuhan sedang dalam
perjalanan dan mereka semua perlu bersedia
menyambutNya.
Perjamuan Perkahwinan sedang tersedia terhidang bagi mereka yang sudah
bersedia. Bacalah dalam Matius 25.
Saya mengasihi Tuhna Yesus terima kasih kerana mati bagi saya. Saya
mengasihi engkau Roh Kudus Tuhan.
Buangkan segala benda di dalam rumah mu yang bukan dari Tuhan, mintalah
pertolongan Roh Kudus.
Adakah engkau mengetahui mama, bahawa engkau dipanggil Tuhan Engkau hidup
bagi Dia semata-mata.
Siapakah yang akan pergi dan memberitahu Dunia tentang Dia?
Tuhan akan menyembuhkan saya, dan saya akan berbakti kepadaNya selama saya
masih hidup.
Berikut adalah salinan ayat-ayat pada surat itu yang ditulis oleh Aldo
dalam Bahasa Afrika:
|