Ayub
27
Ayub berkata,
“Demi Allah Yang Maha Kuasa, Allah yang hidup,
yang enggan memberi aku keadilan dan yang memedihkan hidupku,
aku bersumpah: Selagi Allah memberikan nafas kepadaku,
selagi nyawa dikandung badanku,
bibirku tidak sekali-kali akan menyebut kata dusta,
dan lidahku tidak akan mengucap tipu daya.
Aku tidak akan mengatakan kamu benar;
sampai mati pun aku tetap mengatakan aku tidak bersalah.
Aku tidak akan berhenti berkata bahawa aku benar;
hati nuraniku tidak menyalahkan aku.
Biarlah musuhku dihukum seperti orang durjana,
dan orang yang melawan aku dihukum seperti penderhaka.
Apakah harapan orang durjana
apabila Allah menuntut nyawa mereka?
Apabila kesusahan tiba,
mahukah Allah mendengarkan teriakan mereka?
10 Seharusnya mereka mengingini kegirangan daripada Allah,
dan seharusnya mereka selalu berdoa kepada-Nya.
11 Biarlah aku mengajar kamu betapa besarnya kuasa Allah,
dan menerangkan rancangan Allah Yang Maha Kuasa.
12 Kamu telah melihat semua itu dengan mata kamu sendiri.
Oleh itu, mengapakah kamu mengatakan yang bukan-bukan ini?”
Zofarm
13 “Lihatlah bagaimana Allah Yang Maha Kuasa
menghukum orang yang kejam dan durjana.
14 Jika anak lelaki mereka banyak, semuanya akan mati dalam peperangan;
anak-anak mereka tidak pernah cukup makan.
15 Mereka yang hidup akan mati kerana wabak,
dan balu mereka tidak akan menangisi mereka.
16 Perak orang jahat bertimbun-timbun,
dan pakaian mereka bersusun-susun,
17 tetapi orang baik akan memakai pakaian itu,
dan orang jujur akan mendapat perak itu.
18 Rumah yang dibina orang jahat rapuh seperti sarang labah-labah,n
hanya rumah sementara seperti pondok penjaga ladang.
19 Untuk kali terakhir,o mereka membaringkan diri sebagai orang kaya,
apabila mereka bangun, hilanglah segala kekayaan mereka.
20 Seperti banjir yang datang dengan tiba-tiba, kedahsyatan menimpa mereka;
angin pada waktu malam akan meniup mereka.
21 Angin timur mengangkat mereka,
dan menyapu mereka dari rumah.
22 Dengan tidak mengenal kasihan, angin melanda mereka,
dan mereka terpaksa lari mencari perlindungan.
23 Angin mendesing-desing seperti kata-kata ejekan terhadap mereka,
di mana-mana pun mereka dihina.”
m 27:12 Zofar: Nama Zofar tidak disebut di dalam teks ini, tetapi biasanya bahagian ini dianggap sebagai ucapannya. n 27:18 Beberapa buah terjemahan kuno: sarang labah-labah; Naskhah Ibrani: rama-rama atau sarang burung. o 27:19 Beberapa buah terjemahan kuno: Untuk kali terakhir; Naskhah Ibrani: mereka tidak akan dikumpulkan.