Nyanyian Kesyukuran
12
Masanya akan tiba apabila kamu bernyanyi,
“TUHAN, aku bersyukur kepada-Mu,
kerana Engkau menghibur aku.
Dahulu Engkau murka terhadap aku,
tetapi kini sudah reda kemurkaan-Mu.
Allah ialah Penyelamatku;
aku percaya kepada-Nya dan aku tidak takut.
TUHAN memberikan kuasa dan kekuatan kepadaku;
Dialah Penyelamatku. +
Sebagaimana air menggembirakan orang dahaga,
demikianlah umat Allah bersukacita kerana diselamatkan oleh Allah.”
Masanya akan tiba apabila kamu bernyanyi,
“Bersyukurlah kepada TUHAN, dan sembahlah Dia!
Khabarkanlah perbuatan-Nya kepada bangsa-bangsa.
Beritahulah mereka kebesaran-Nya.
Bernyanyilah bagi TUHAN kerana perbuatan-Nya yang besar.
Hendaklah seluruh bumi mendengar tentang perbuatan-Nya itu.
Hendaklah setiap penduduk Sion bersorak dan bernyanyi.
Allah yang suci,
Allah Israel itu agung,
Dia tinggal di tengah-tengah kamu.”
+ 12:2 Kel 15.2; Mzm 118.14