41
Selanjutnya, lelaki itu membawa aku ke bilik utama, iaitu Bilik Suci. Dia mengukur lorong yang menuju ke situ: panjangnya 3 meteru dan lebarnya 5 meter. Tembok di kiri dan kanannya setebal 2.5 meter. Kemudian dia mengukur Bilik Suci itu; panjangnya 20 meter dan lebarnya 10 meter.
Lalu dia masuk ke bilik yang paling dalam. Dia mengukur lorong yang menuju ke situ: panjangnya 1 meter dan lebarnya 3 meter. Tembok di kiri dan kanannya setebal 3.5 meter. Dia mengukur bilik itu juga; ukurannya 10 meter persegi. Selepas itu dia berkata kepadaku, “Inilah Bilik Maha Suci.”
Bilik-Bilik pada Tembok Rumah TUHAN
Lelaki itu mengukur tembok sebelah dalam Rumah TUHAN; tebalnya 3 meter. Pada tembok di sekeliling Rumah TUHAN terdapat bilik-bilik kecil, yang lebarnya 2 meter. Bilik-bilik itu bertingkat tiga dan pada setiap tingkat ada tiga puluh buah bilik. Tembok luar setiap tingkat lebih tipis daripada tembok tingkat di bawahnya, sehingga bilik itu dapat dibina tanpa menggabungkannya pada tembok Rumah TUHAN. Dari luar, tembok Rumah TUHAN nampaknya sama tebal dari bawah ke atas. Pada tembok luar Rumah TUHAN itu, di sebelah luar bilik-bilik itu, terdapat dua buah tangga yang besar untuk orang naik dari tingkat bawah ke tingkat dua dan tiga. 8-11 Tembok luar bilik-bilik itu tebalnya 2.5 meter. Bilik-bilik di sebelah utara mempunyai satu pintu masuk, dan bilik-bilik di sebelah selatan juga mempunyai satu pintu masuk. Aku nampak juga teres di sekeliling Rumah TUHAN: lebarnya 2.5 meter; 3 meter lebih tinggi dari tanah, dan sama tinggi dengan asas bilik-bilik pada tembok Rumah TUHAN. Di antara teres itu dengan bilik para imam terdapat ruangan terbuka yang lebarnya 10 meter, di bahagian kiri dan kanan Rumah TUHAN.
Bangunan di Sebelah Barat
12 Di hujung halaman sebelah barat Rumah TUHAN, ada sebuah bangunan yang panjangnya 45 meter dan lebarnya 35 meter. Tebal dinding bangunan itu 2.5 meter.
Jumlah Ukuran Rumah TUHAN
13 Lelaki itu mengukur Rumah TUHAN, dan panjangnya 50 meter. Dari belakang Rumah TUHAN sampai ke belakang bangunan besar di sebelah barat itu, jaraknya 50 meter. 14 Bahagian depan Rumah TUHAN termasuk halaman di sebelah kiri dan kanan, lebarnya 50 meter. 15 Dia juga mengukur bangunan di sebelah barat, termasuk dinding di sebelah kiri dan kanan; panjangnya 50 meter.
Butir-Butir tentang Rumah TUHAN
Ruangan depan Rumah TUHAN, Bilik Suci, dan Bilik Maha Suci 16 dihias dengan jalur-jalur kayu pada dindingnya, dari lantai sampai ke tingkap. Tingkap-tingkap itu dapat ditutup. 17 Seluruh dinding sebelah dalam Rumah TUHAN, dihiasi ukiran 18 pokok palma dan kerub, sebatang pokok palma di antara dua kerub. Kerub itu mempunyai dua muka: 19 muka manusia yang menghadap ke pokok palma di sebelah kiri, dan muka singa yang menghadap ke pokok palma di sebelah kanan. Ukiran itu terdapat pada seluruh dinding, 20 dari lantai sampai ke bahagian atas pintu. 21 Tiang-tiang pintu di Bilik Suci berbentuk empat persegi.
Mazbah Kayu
Di depan pintu Bilik Maha Suci, ada sesuatu yang kelihatan seperti 22 mazbah kayu: tingginya 1.5 meter, dan lebarnya 1 meter. Sudut, alas,v dan sisi mazbah, semua dibuat daripada kayu. Lelaki itu berkata kepadaku, “Inilah meja yang terletak di hadirat TUHAN.”
Pintu-Pintu
23 Di hujung lorong yang menuju ke Bilik Suci ada sebuah pintu, demikian juga di hujung lorong yang menuju ke Bilik Maha Suci. 24 Pintu-pintu itu mempunyai dua daun pintu yang membuka di tengah. 25 Pada pintu Bilik Suci terdapat ukiran pokok palma dan kerub, seperti yang terdapat pada dinding. Di pintu ruangan depan, di sebelah luarnya ada penutup daripada kayu. 26 Ruangan itu juga mempunyai tingkap-tingkap, dan dindingnya dihiasi ukiran pokok palma.w
u 41:1 Dalam naskhah Ibrani ada dua tambahan kata yang tidak jelas ertinya. v 41:22 Beberapa buah terjemahan kuno: alas; Naskhah Ibrani: panjang. w 41:26 Dalam naskhah Ibrani ada tiga tambahan kata yang tidak jelas ertinya.