Pertanyaan-pertanyaan tentang penciptaan
Soalan: Apakah yang dikatakan Alkitab tentang penciptaan berbanding evolusi?
Jawapan:
Jawaban ini bukan bermaksud hendak memberikan hujah sains dalam perdebatan di antara penciptaan dan evolusi. Bagi mendapatkan hujah-hujah sains yang menyokong kepada penciptaan dan hujah-hujah bantahan terhadap evolusi, kami sangat bersetuju dengan Answers in Genesis dan Institute for Creation Research. Tujuan penulisan ini adalah untuk meberikan penjelasan berdasarkan Alkitab mengapa perdebatan di antara penciptaan dan evolusi ini boleh wujud. Roma 1:25 menyatakan, ?Sebab mereka menggantikan kebenaran Allah dengan dusta dan memuja dan menyembah makhluk dengan melupakan Penciptanya yang harus dipuji selama-lamanya, amin.?
Faktor utama dalam perdebatan ini adalah para saintis yang percaya kepada evolusi merupakan orang-orang yang tidak percaya kepada kewujudan Tuhan dan bersikap agnostik. Ada beberapa saintis yang berpegang kepada evolusi berTuhan dan yang lain berpegang kepada evolusi deistik (Tuhan wujud tetapi tidak terlibat dalam dunia,segala yang berlaku berjalan mengikut proses semulajadi). Terdapat juga beberapa orang yang bersungguh-sungguh dan secara jujur memperhati semua maklumat yang ada dan mengambil kesimpulan bahawa teori evolusi berpadanan dengan maklumat yang ada. Bagaimanapun ini bercakap tentang hanya sebilangan kecil daripada saintis yang berpegang kepada teori evolusi. Bahagian terbesar daripada saintis-saintis evolusi berkata kehidupan berkisar tanpa ada campurtangan daripada satu peribadi yang lebih tinggi. Definisi untuk evolusi adalah sains naturalistik.
Sekiranya atheisme itu benar, maka pasti ada penjelasan alternatif tentang bagaimana alam semesta dan kehidupan boleh wujud. Walaupun bentuk kepercayaan evolusi sudah ada sebelum Chralse Darwin, beliau merupakan orang pertama untuk menghasilkan satu model untuk proses evolusi yang boleh dipercayai . Darwin pada mulanya mengaku dirinya seorang Kristian tetapi beberapa musibah telah berlaku dalam hidupnya sehingga dia menyangkal iman Kristian dan kewujudan Tuhan. Evolusi telah dicipta oleh seorang yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan. Darwin bukan bertujuan hendak membuktikan Allah itu tidak wujud tetapi itulah akhirnya yang telah diakibatkan oleh teori evolusi. Evolusi membuatkan orang tidak mempercayai kewujudan Tuhan. Para saintis evolusi mungkin saja tidak akan mengakui bahawa tujuan mereka adalah untuk memberikan penjelasan alternatif kepada asl-usul kehidupan sehingga memberikan dasar kepada atheisme. Namun, menurut Alkitab perkara itulah yang telah menyebabkan wujudnya teori evolusi ini.
Alkitab memberitahu kita, Orang bebal berkata dalam hatinya: "Tidak ada Allah." (Mazmur 14:1; 53:2). Alkitab juga berkata orang-orang tidak mempunyai alasan untuk tidak percaya kepada Tuhan. Sebab apa yang tidak nampak dari pada-Nya, yaitu kekuatan-Nya yang kekal dan keilahian-Nya, dapat nampak kepada pikiran dari karya-Nya sejak dunia diciptakan, sehingga mereka tidak dapat berdalih (Roma 1:20). Menurut Alkitab, seseorang yang menyangkal kewujudan Allah adalah seorang bebal. Jadi mengapa ramai orang termasuk orang-orang Kristian yang bersedia menerima para saintis evolusi sebagai tidak berat sebelah sewaktu menafsir maklumat sains? Menurut Alkitab, semua mereka adalah bebal!! Kebebalan bukan bererti kekurangan kepintaran. Kebanyakan saintis evolusi adalah orang-orang yang sangat pintar dari segi intelek. Kebebalan menunjukkan kepada ketidakmampuan untuk menerapkan pengetahuan. Amsal 1:7 berkata, Takut akan TUHAN adalah permulaan pengetahuan, tetapi orang bodoh menghina hikmat dan didikan.
Para Saintis evolusi mengejek penciptaan dan reka bentuk pintar sebagai tidak bersifat sains dan tidak layak diberi pemeriksaan saintitifik. Menurut mereka, sesuatu itu mestilah dapat dikaji dan diuji barulah dapat diterima sebagai ?sains?. Ia mestilah ?naturalistik.? Definisi penciptaan adalah ?supra alami.? Tuhan dan perkara-perkara supra alami tidak dapat diuji (begitulah hujah mereka); oleh sebab itu , penciptaan dan reka bentuk pintar tidak dapat dianggap sebagai sains. Tentu sekali evolusi juga tidak dapat dikaji dan diuji tetapi itu bukan isu bagi orang-orang evolusi. Ekoran daripada itu semua data telah ditapis melalui andaian awal, penerimaan awal teori evolusi, tanpa ada pilihan dan jalan lain yang boleh dipertimbangkan.
Bagaimanapun asal usul alam semesta dan kehidupan tidak dapat dikaji ataupun diuji. Kedua-dua penciptaan dan evolusi mendasarkan iman bila bercakap tentang asal-usul. Kedua-duanya tidak dapat diuji sebab kita bukannya dapat kembali ke berlaksa tahun yang sudah berlalu untuk memperhati asal-usul alam semesta dan kehidupan. Saintis-saintis evolusi menolak penciptaan pada dasar di mana mereka juga dapat ditolak. Dalam hubungan dengan asal-usul, evolusi tidak padan dengan definisi ?sains? sama halnya dengan penciptaan. Evolusi dikatakan sebagai satu-satunya penjelasan asal usul yang dapat diuji maka dengan itu merupakan satu-satunya teori asal-usul yang dapat diterima sebagai ?saintifik?. Ini adalah kebodohan! Saintis yang menyokong evolusi menolak teori asal usul yang dapat dipercayai tanpa dengan jujur memeriksa kebaikan-kebaikannya, sebab teori itu tidak dapat dipadankan dengan difinisi sempit yang ada pada mereka berkenaan ?sains.?
Sekiranya penciptaan itu benar maka ada Sang Pencipta yang kepada-Nya kita dipertanggungjawabkan. Evolusi penyebab ketidakpercayaan kepada kewujudan Tuhan. Evolusi memberikan kepada orang-orang yang tidak mempercayai kewujudan Allah satu dasar untuk menjelas bagaimana kehidupan boleh wujud di luar Allah Pencipta. Evolusi menyangkal keperluan penglibatan Allah dalam alam semesta. Evolusi merupakan ?teori penciptaan? bagi agama atheisme. Menurut Alkitab, pilihan adalah jelas. Kita dapat mempercayai Firman Allah kita yang mahakuasa dan mahatahu, atau kita dapat mempercayai penjelasan yang berat sebelah dan tidak, ?saintitik? daripada orang-orang bodoh.
Soalan: Adakah iman dan Sains bercanggah?
Jawapan:
Sains didefinisikan sebagai ?pemerhatian, pengenalpastian, penjelasan, penyelidikan ujikaji dan penjelasan teori terhadap fenomena. ? Sains merupakan kaedah yang dapat digunakan manusia untuk lebih dapat memahami alam semulajadi ini. Ia merupakan pencarian pengetahuan melalui pemerhatian. Kemajuan dalam ilmu sains menunjukkan pencapaian lojika dan bayangan manusia. Bagaimanapun, kepercayaan seorang Kristian dalam sains tidak boleh sama dengan kepercayaan kita di dalam Tuhan. Seseeorang Kristian boleh memiliki iman di dalam Tuhan dan menghormati ilmu sains, asalkan kita tahu yang sempurna dengan yang tidak.
Kepercayaan kita dalam Tuhan adalah kepercayaan berdasarkan iman. Kita beriman kepada Anak-Nya untuk keselamatan, beriman kepada Firman-Nya untuk arahan dan beriman kepada Roh Kudus untuk pimpinan. Iman kita di dalam Tuhan haruslah mutlak, sejak kita meletakkan iman kita di dalam Tuhan, kita bergantung kepada Pencipta yang sempurna, maha berkuasa dan maha tahu. Kepercayaan kita dalam sains harus bersifat intelek dan tidak lebih daripada itu. Kita percaya sains dapat melakukan banyak perkara tetapi kita juga percaya sains dapat melakukan banyak kesilapan. Sekiranya kita meletakkan iman kita di dalam sains maka kita bergantung kepada manusia yang tidak sempurna, berdosa dan terbatas. Sejarah mengatakan Sains telah salah dalam banyak perkara ccontohnya bentuk bumi ini, penerbangan menggunakan kuasa, vaksin, pemindahan darah dan juga tentang penghasilan anak. Tetapi Tuhan tidak pernah salah.
Tidak ada yang perlu ditakuti dalam kebenaran. Oleh itu tiada sebab bagi seorang Kristian untuk merasa takut terhadap sains yang baik. Menyelidiki lebih dalam tentang bagaimana Tuhan membentuk alam semesta membantu manusia untuk menghargai penciptaan yang menghairankan. Mengembangkan pengetahuan membantu kita melawan penyakit, kejahilan dan salah faham. Tetapi bahaya apabila para saintis meletakkan iman kepada lojika manusia lebih tinggi daripada iman kepada Pencipta kita. Orang-orang ini sama saja dengan orang yang telah berpegang kuat kepada suatu agama; mereka telah memilih untuk beriman kepada manusia dan akan berusaha mencari fakta-fakta untuk mempertahankan keprcayaan mereka itu.
Namun saintis yang paling rasional sekalipun, juga mereka yang tidak mahu mempercayai Tuhan, mengakui kekurangan pemahaman manusia terhadap alam semesta. Mereka akan mengaku bahawa Tuhan dan Alkitab tidak dapat dibuktikan salah oleh sains, sebagaimana banyak daripada teori mereka yang terkenal tidak dapat dibuktikan mahupun dinyatakan salah. Sains merupakan disiplin yang neutral, ia hanya bertujuan mencari kebenaran dan bukannya untuk memperluaskan suatu agenda.
Banyak dalam sains yang menyokong kewujudan dan pekerjaan Tuhan. Mazmur 19:1 berkata, ?Langit menceritakan kemuliaan Allah, dan cakrawala memberitakan pekerjaan tangan-Nya.? Apabila sains moden menemukan lebih banyak maklumat tentang alam semesta, kita mendapat lebih banyak bukti untuk penciptaan. DNA yang kompleks dan membuat salinan semula, kerumitan dan percantuman hukum-hukum fizik dan keharmonian mutlak keadaan kimia di atas bumi ini kesemuanya menyokong mesej Alkitab. Seorang Kristian perlu memeluk sains yang mencari kebenaran tetapi menolak ?imam-imam sains? yang meletakkan pengetahuan manusia mengatasi Tuhan.
Soalan: Apakah teori reka bentuk pintar?
Jawapan:
Teori reka bentuk pintar berkata penyebab-penyebab yang pintar perlu diambil kira untuk menjelaskan perkara kompleks, maklumat kaya dari struktur-struktur biologi dan sebab-sebab ini secara empirikal dapat dikesan. Beberapa sifat biologi menolak penjelasan Darwin berhubung pilihan rawak, kerana mereka kelihatan sebagai telah diatur dan dirancang. Memandangkan reka bentuk memerlukan seorang pereka bentuk yang pintar, maka kemunculan sebuah reka bentuk disebut sebagai bukti adanya seorang pereka bentuk. Terdapat tiga hujah utama dalam teori reka bentuk pintar ini:1) kerumitan tidak dapat dikurangkan, 2) kerumitan yang tertentu, dan 3) prinsip antropik.
Kerumitan tidak dapat dikurangkan didefinisikan sebagai ??suatu sistem terdiri daripada bebarapa bahan sepadan yang berinteraksi di antara satu dengan yang lain yang menyumbang kepada fungsi dasar, di mana pengeluaran salah satu daripada bahagiannya akan menyebabkan sistem itu tidak dapat berfungsi.? Dengan kata yang sederhana, kehidupan ini terdiri daripada bahagian-bahagian berkaitan rapat yang saling bergantung di antara satu sama lain untuk menjadi berguna. Mutasi rawak mungkin berlaku untuk perkembangan satu bahagian yang baru, tetapi ia tidak berlaku kepada perkembangan serentak kepada banyak bahagian yang diperlukan untuk sistem yang berfungsi. Sebagai contoh, nyata sekali mata manusia satu sistem yang sangat penting. Tanpa bola mata, saraf optik, dan kortex penglihatan, sebiji mata tidak lengkap yang secara rawak bermutasi akan mengakibatkan keadaan tidak produktif kepada keselamatan satu spesis dan makanya akan dilenyapkan melalui proses pilihan semulaji. Sebiji mata bukan satu sistem yang berguna sebelum semua bahagiannya ada dan berfungsi dengan baik pada masa yang sama.
Kerumitan ditentukan berkata, memandangkan corak kerumitan yang tertentu dapat ditemukan dalam organisma-organisma, suatu bentuk panduan mesti telah menyebabkan asal usul mereka. Hujah kerumitan yang ditentukan berkata adalah mustahil bagi suatu corak yang kompleks untuk dapat terhasil melalui proses yang berlaku secara rawak. Sebagi contoh, sebuah bilik dipenuhi 100 ekor monyet dan 100 buah computer mungkin akan menghasilkan beberapa perkataan atau sepotong ayat, tetapi sama sekali tidak akan dapat menghasil satu drama Shakespear. Bukankah hidup ini jauh lebih kompleks berbanding drama Shakespear?
Prinsip antropik berkata dunia dan alam semesta telah diselaraskan dengan begitu halus untuk membolehkan ada kehidupan di atas bumi. Sekiranya nisbah unsur-unsur di udara dan bumi di ubah sedikit sahaja maka banyak spesis akan segera pupus. Sekiranya kedudukan planet bumi beberapa batu dekat atau lebih jauh daripada matahari, banyak spesis akan pupus. Kewujudan dan perkembangan kehidupan di atas bumi menuntut banyak perkara yang sering berubah-berubah berada dalam keselarasan. Sangat mustahil bagi semua perkara ini boleh wujud tiba-tiba melalui kejadian rawak dan tidak diselaraskan.
Walaupun teori reka bentuk pintar tidak membuat andaian untuk mengenalpasti sumber kepintaran (samada Tuhan atau mahluk asing atau sesuatu yang lain), kebanyakan daripada orang-orang yang berpegang kepada teori reka bentuk pintar adalah orang-orang yang percaya kepada kewujudan Tuhan. Mereka melihat reka bentuk yang tersebar dalam dunia biologi sebagai bukti kepada kewujudan Tuhan. Tetapi ada juga beberapa orang percaya di kalangan mereka, walaupun tidak dapat menyangkal reka bentuk yang dilihat, tidak mahu mengakui kewujudan Tuhan Pencipta. Mereka cenderung menafsir data yang ada pada mereka dengan mengatakan bumi telah dibenih oleh suatu mahluk bertamadun jauh lebih tinggi (mahluk asing). Tentu sekali mereka tidak dapat menjelaskan asal-usul mahluk asing ini dan akibatnya mereka kembali kepada perdebatan asal tanpa mempunyai asalan-asalan yang berasas.
Teori reka bentuk pintar bukan faham penciptaan Alkitabiah. Terdapat perbezaan penting di antara dua kedudukan ini. Faham penciptaan Alkitabiah bermula dengan kesimpulan bahawa tulisan dalam Alkitab sebagai tepat, iaitu kehidupan di atas bumi telah direka bentuk oleh Seorang agen yang pintar iaitu Tuhan. Mereka kemudian mencari dalam alam semulajadi untuk menyokong kesimpulan ini. Orang-orang yang percaya kepada teori reka bentuk pintar pula bermula dari ruangan alam semujadi untuk sampai kepada kesimpulan yang berkata kehidupan di atas bumi telah direka bentuk oleh agen yang pintar (siapapun atau apapun agen itu).
Soalan: Mengapakah Tuhan meletakkan pokok pengetahuan tentang yang baik dan yang jahat di taman Eden?
Jawapan:
Tuhan meletakkan pokok pengetahuan tentang yang baik dan jahat di taman Eden untuk memberikan Adam dan Hawa pilihan untuk mentaati atau tidak mentaati-Nya. Adam dan Hawa diberikan kebebasan untuk melakukan apa sahaja yang mereka kehendaki, kecuali memakan buah dari pokok pengetahuan tentang yang baik dan yang jahat. Kejadian 2:16-17, ?Lalu TUHAN Allah memberi perintah ini kepada manusia: "Semua pohon dalam taman ini boleh kaumakan buahnya dengan bebas, tetapi pohon pengetahuan tentang yang baik dan yang jahat itu, janganlah kaumakan buahnya, sebab pada hari engkau memakannya, pastilah engkau mati?. Sekiranya Tuhan tidak memberikan mereka pilihan itu, maka Adam dan Hawa akan seperti robot-robot yang hanya melakukan senarai tugas yang diprogramkan dalam sistem mereka. Tuhan menciptakan Adam dan Hawa menjadi mahluk yang ?bebas?, mampu untuk membuat keputusan dan dapat memilih di antara yang baik dengan yang jahat. Mereka perlu diberikan titik membuat pilihan supaya mereka benar-benar menjadi mahluk yang bebas.
Tidak ada kejahatan pada pokok atau buah daripada pokok terlarang itu. Bukan soal memakan buah terlarang itu yang telah memberikan pengetahuan tambahan kepada Adam dan Hawa. Perbuatan tidak mentaati itulah yang telah membuka mata mereka terhadap kejahatan. Dosa ketidaktaatan mereka terhadap Tuhan telah membawa dosa dan kejahatan ke dalam dunia dan kehidupan mereka. Memakan buah terlarang sebagai satu tindakan yang tidak mentaati, telah memberikan Adam dan Hawa pengetahuan tentang yang jahat (Kejadian 3:6-7).
Tuhan tidak mahu Adam dan Hawa berbuat dosa. Sejak awal Tuhan sudah mengetahui apa yang akan diakibatkan oleh dosa. Tuhan tahu Adam dan Hawa akan berbuat dosa dan akan membawa kejahatan, penderitaan dan maut ke dalam dunia. Jadi mengapakah Tuhan mengizinkan Iblis menggoda Adam dan Hawa? Tuhan mengizinkan Iblis menggoda Adam dan Hawa supaya mereka membuat pilihan. Berdasarkan kebebasan mereka untuk membuat pilihan, Adam dan Hawa telah memilih untuk tidak mentaati Tuhan dan memakan buah terlarang itu. Akibatnya wabak kejahatan, dosa, penderitaan, penyakit dan kematian telah menular ke seluruh dunia semenjak peristiwa itu. Pilihan Adam dan Hawa telah mengakibatkan setiap orang dilahirkan dengan sifat berdosa dan kecenderungan untuk berbuat dosa. Pilihan Adam dan Hawa itu menuntut Yesus Kristus untuk mati di kayu salib dan mencurahkan darah-Nya bagi pihak kita. Melalui iman di dalam Yesus Kristus kita dapat dibebaskan daripada akibat-akibat dosa dan akhirnya daripada dosa itu sendiri. Kita dapat menyerukan kata-kata Rasul Paulus dalam Roma 7:24-25, ?Aku, manusia celaka! Siapakah yang akan melepaskan aku dari tubuh maut ini? Syukur kepada Allah! oleh Yesus Kristus, Tuhan kita!?
Soalan: Adakah air bah dalam zaman Nuh bersifat global ataupun lokal?
Jawapan:
Bahagian Firman Tuhan yang bercakap tentang air bah jelas mengatakan bahawa ianya bersifat global. Kejadian 7:11 berkata, ?Pada waktu umur Nuh enam ratus tahun, pada bulan yang kedua, pada hari yang ketujuh belas bulan itu, pada hari itulah terbelah segala mata air samudera raya yang dahsyat dan terbukalah tingkap-tingkap di langit.? Kejadian 1:6-7 dan 2:6 memberitahu bahawa keadaan alam sebelum air bah adalah berbeza dengan keadaan yang kita alami sekarang. Berdasarkan ini dan beberapa penjelasan dalam Alkitab, spekulasi yang dapat diterima mengatakan bumi pada suatu ketika dahulu diselubungi dengan sebentuk kanopi berair di langit. Kanopi ini boleh jadi kanopi wap air, atau kanopi berbentuk lingkaran seperti pada lingkaran ais planet Zuhal. Kanopi ini digabungkan dengan lapisan air bawah tanah yang dilepaskan ke atas bumi telah mengakibatkan air bah bertahap global.
Ayat-ayat yang jelas bercakap tentang keluasan kesan air bah terdapat dalam Kejadian 7: 19-23 ?Dan air itu sangat hebatnya bertambah-tambah meliputi bumi, dan ditutupinyalah segala gunung tinggi di seluruh kolong langit,sampai lima belas hasta di atasnya bertambah-tambah air itu, sehingga gunung-gunung ditutupinya.Lalu mati binasalah segala yang hidup, yang bergerak di bumi, burung-burung, ternak dan binatang liar dan segala binatang merayap, yang berkeriapan di bumi, serta semua manusia.Matilah segala yang ada nafas hidup dalam hidungnya, segala yang ada di darat.Demikianlah dihapuskan Allah segala yang ada, segala yang di muka bumi, baik manusia maupun hewan dan binatang melata dan burung-burung di udara, sehingga semuanya itu dihapuskan dari atas bumi; hanya Nuh yang tinggal hidup dan semua yang bersama-sama dengan dia dalam bahtera itu.?
Dalam bahagian Firman Tuhan di atas, kita bukan hanya mendapati perkataan ?segala? digunakan berulangkali, tetapi juga mendapati ?ditutupinyalah segala gunung tinggi,? ?sampai lima belas hasta di atasnya bertambah-tambah air itu,? dan ?mati binasalah segala yang hidup.? Huraian ini jelas menggambarkan air bah yang telah menutupi seluruh bumi. Sekiranya air bah itu hanya bersifat lokal, mengapakah Tuhan menyuruh Nuh untuk membina bahtera dan bukan sekadar menyuruhnya dan binatang-binatang supaya berhijrah ke tempat yang lebih selamat? Mengapakah Tuhan menyuruh Nuh membina sebuah bahtera yang cukup besar untuk menampung semua jenis binatang di atas bumi? Sekiranya air bah itu bukan bersifat global, maka bahtera itu tidak diperlukan.
Petrus juga bercakap tentang air bah yang bersifat sedunia dalam 2 Petrus 3:6-7, di mana dia berkata, ?dan bahwa oleh air itu, bumi yang dahulu telah binasa, dimusnahkan oleh air bah. Tetapi oleh firman itu juga langit dan bumi yang sekarang terpelihara dari api dan disimpan untuk hari penghakiman dan kebinasaan orang-orang fasik.? Dalam ayat-ayat ini Petrus membandingkan penghukuman sedunia yang akan datang dengan apa yang berlaku pada zaman Nuh dan berkata dunia pada waktu itu telah dinaiki air bah. Seterusnya didapati ramai penulis-penulis Alkitabiah menerima nilai sejarah air bah yang berlaku secara global (Yesaya 54:9; 1 Petrus 3:20; 2 Petrus 2:5; Ibrani 11:7). Akhir sekali, Tuhan Yesus percaya kepada peristiwa air bah sedunia dan mengambilnya sebagai satu contoh kehancuran yang akan datang ke dalam dunia apabila Dia datang kembali (Matius 24:37-39; Lukas 17:26-27).
Terdapat begitu banyak bukti di luar Alkitab yang menunjuk kepada suatu bencana alam sedunia seperti air bah. Terdapat banyak kuburan fosil yang ditemui di setiap benua.Juga terdapat banyak gumpalan arang batu yang menuntut kepada penenggelaman cepat ke atas kawasan tumbuh-tumbuhan yang sangat luas. Fosil-fosil lautan terdapat di atas kemuncak gunung-gunung yang tinggi di dunia. Setiap budaya di seluruh dunia masing-masing mempunyai sebuah lagenda air bah. Semua kenyataan ini merupakan bukti kepada air bah yang telah berlaku secara global.
Soalan: Apakah umur bumi? Berapakah ketuaan bumi ini?
Jawapan:
Berdasarkan fakta Alkitab tentang penciptaan Adam yang berlaku pada hari keenam kewujudan bumi, kita dapat menganggarkan umur bumi berdasarkan kronologi umat manusia. Ini mengganggap peristiwa dalam kejadian itu tepat dan enam hari penciptaan merupakan waktu 24 jam sehari secara harafiah. Tidak ada jarak masa yang tidak jelas dalam kronologi kitab Kejadian.
Salasilah dalam Kejadian 5-11 memberikan kepada kita umur Adam dan keturunannya sewaktu menjadi bapa kepada generasi yang menyusuli. Dengan menentukan kedudukan Abraham dalam kronologi dan jumlah umur yang terdapat dalam Kejadian 5 dan 11, ternyata dalam Alkitab umur bumi lebih kurang 6000 tahun.
Bagaimana pula dengan berlaksa tahun yang diterima para saintis dan diajarkan dalam kebanyakan institusi pendidikan kita? Umur berlaksa tahun ini diperolehi daripada dua kaedah pengukuran waktu: pengiraan waktu radiometrik dan sukaan waktu secara geologi . Saintis yang berpegang kepada umur bumi 6000 tahun bertegas bahawa pengiraan waktu radiometrik didasarkan di atas beberapa andaian yang salah, sementara sukatan waktu secara geologi tidak tepat kerana ia menggunakan hujah yang berputar-putar. Mereka juga menunjukkan kesilapan pendapat pada mitos bumi yang sudah tua, seperti konsep salah yang berkata pembentukan susunan dan lapisan bumi, fosil,permata,arangbatu, minyak. stalaktit,stalagmit dsb. mengambil masa yang cukup lama. Akhir sekali, penyokong bumi muda memberikan bukti-bukti positif bagi menggantikan bukti-bukti bumi tua yang telah mereka buktikan kesalahannya. Santis bumi-muda mengakui mereka berada dalam golongan minoriti tetapi bertegas jumlah mereka akan membesar pada jalur waktu apabila semakin ramai saintis memeriksa semula dan memandang dengan lebih dekat lagi paradigma semasa tentang bumi-tua.
Akhirnya, umur bumi tidak dapat dibuktikan. Samada 6000 atau berlaksa tahun, kedua-dua pandangan (dan semua yang ada di antaranya) didasarkan di atas iman dan andaian-andaian. Mereka yang berpegang kepada umur berlaksa tahun mengatakan kaedah penyukatan masa radiometrik boleh dipercayai dan tidak ada yang telah berlaku dalam sejarah dan mengganggu pereputan isotop-radio. Mereka yang berpegang kepada umur 6000 tahun untuk bumi percaya Alkitab itu benar dan ada faktor-faktor lain yang menampakkan umur bumi. Ini termasuklah banjir sedunia, atau Tuhan telah membentuk alam semesta dalam keadaan yang menampakkan umur yang sangat panjang. Sebagai contoh Tuhan menciptakan Adam dan Hawa sebagai manusia dewasa. Sekiranya seorang dokter telah memeriksa badan mereka pada hari mereka diciptakan, dokter akan menganggarkan umur mereka sekitar 20 tahun (atau apa juga keadaan umur yang kelihatan pada mereka), sedangkan mereka baru berumur kurang daripada 1 hari. Apapun kasusnya, adalah lebih baik untuk mempercayai Firman Tuhan berbanding kata-kata saintis yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan dengan agenda evolusi mereka.
Soalan: Apa yang dikatakan oleh Kitab Injil mengenai dinosaur? Terdapatkah dinosaur mengikut Kitab Injil?
Jawapan:
Topik dinosaur di dalam Kitab Injil menimbulkan satu debat yang serius dalam komuniti Kristian sejak berkurun-kurun lamanya, begitu juga dengan interpretasi buku Kejadian yang betul, dan bagaimana mentafsir bukti-bukti fizikal yang ditemui. Mereka yang percaya bahawa bumi ini lebih tua daripada sejarah Kitab Injil setuju bahawa Kitab Injil tidak menyentuh mengenai dinosaur, kerana mengikut pendapat mereka, dinosaur sudah mati berjuta-juta tahun dahulu sebelum manusia pertama wujud di bumi. Orang yang menulis Kitab Injil tidak berpeluang untuk melihat dinosaur dengan mata sendiri.
Mereka yang percaya bahawa bumi ini lebih muda bersetuju bahawa Kitab Injil ada menyentuh mengenai dinosaur walaupun ia tidak menggunakan perkataan ?dinosaur?. Sebaliknya, ia menggunakan perkataan Hebrew ?tanniyn?. Tanniyn diterjemah kepada beberapa istilah dalam bahasa Inggeris; kadangkala sebagai ?raksaksa laut?, kadangkala sebagai ?ular besar?. Biasanya ia diterjemahkan kepada ?naga?. Rupa bentuk Tanniyn ialah seperti sejenis reptilia yang besar. Makhluk ini disebut tiga kali dalam Perjanjian Lama dan dijumpai di laut dan juga di darat.
Reptilia besar ini disebut lebih kurang tiga puluh kali dalam Perjanjian Lama. Mengikut pendapat pakar-pakar tertentu, Kitab Injil telah menghuraikan beberapa makhluk dengan cara yang serupa dengan huraian mengenai dinosaur. Behemoth dikatakan makhluk ciptaan Tuhan yang paling kuat, seekor raksasa yang ekornya sebesar pokok cedar (Ayub 40:15). Terdapat juga cendekiawan yang cuba menyamakan Behemoth dengan gajah atau badak air. Tetapi terdapat juga orang yang berpendapat bahawa gajah dan badak air mempunyai ekor yang kecil, tidak dapat dibandingkan dengan pokok cedar. Dinosaur seperti Brachiosaurus dan Diplidocus mempunyai ekor yang besar seperti pokok cedar.
Hampir semua tamadun lama mempunyai seni yang menggambarkan makhluk reptilia yang besar. Petroglyphs, barangan buatan manusia dan alat-alat tanah liat yang dijumpai di Amerika Utara merupakan gambar rajah dinosaur moden. Ukiran batu di Afrika Selatan menggambarkan manusia yang menunggang Diplidocus dan, sungguh mengagumkan, makhluk itu juga serupa dengan Triceratops, Pterodactyl dan Tyrannosaurus Rex. Mosaics Roman, seni tembikar Mayan dan dinding bandar Babylonia semuanya menunjukkan hubungan manusia dengan makhluk besar ini. Terdapat cerita Marco Polo di dalam I1 Milione mengenai makhluk besar yang membawa harta besar. Berita mengenai dinosaur pada masa sekarang sering tidak dipercayai.
Selain daripada bukti-bukti sejarah manusia mengenai kewujudan dinosaur bersama manusia, terdapat juga bukti fizikal yang lain, seperti jejak kaki manusia dan dinosaur yang dijumpa di Amerika Utara dan Bahagian tengah barat Asia.
Oleh itu, terdapatkah dinosaur di dalam Kitab Injil? Perkara ini belum dapat diselesaikan. Hal ini bergantung kepada cara kamu mentafsir bukti-bukti berkenaan dan dunia di sekeliling kamu. Di GotQuestions.org kami percaya pada interpretasi bumi muda dan menerima tafsiran bahawa dinosaur dan manusia pernah wujud sekali. Kami percaya bahawa dinosaur mati selepas Banjir Besar disebabkan oleh perubahan cuaca alam sekitar ataupun mereka diburu dan dibunuh oleh manusia.