Pertanyaan-pertanyaan tentang kemanusiaan
Soalan: Apakah ertinya manusia telah diciptakan menurut gambar dan rupa Tuhan? (Kejadian 1:26-27)
Jawapan:
Sewaktu hari penciptaan, Tuhan berkata, "Baiklah Kita menjadikan manusia menurut gambar dan rupa Kita? (Kejadian 1:26). Tuhan menyelesaikan karya-Nya dengan ?sentuhan peribadi?. Tuhan telah membentuk manusia daripada debu tanah dan memberikannya kehidupan dengan menghembuskan nafas hidup ke dalam manusia. Dengan demikian manusia merupakan mahluk yang unik di antara kesemua ciptaan Tuhan sebab memiliki tubuh jasmani dan jiwa/roh yang bersifat niskala.
Dalam pengertian yang paling sederhana, memiliki ?gambar? dan ?rupa? Tuhan bererti kita diciptakan untuk menyerupai Tuhan. Adam tidak menyerupai Tuhan dalam pengertian Tuhan mempunyai darah dan daging. Firman Tuhan berkata ?Tuhan adalah Roh?(Yohanes 4:24) dan Tuhan wujud tanpa tubuh jasmani. Bagaimanapun tubuh Adam tetap mencerminkan kehidupan Tuhan kerana dia telah dicipta dengan kesihatan yang sempurna dan tidak akan mati.
Gambar dan rupa Tuhan merujuk kepada bahagian niskala manusia. Ia memisahkan manusia daripada dunia haiwan dan menyesuaikannya untuk berkuasa ke atas bumi seperti yang telah ditentukan Tuhan (Kejadian 1:28). Bahagian niskala manusia juga membolehkannya untuk berkomunikasi dengan Penciptanya. ?Menurut gambar dan rupa Tuhan? merupakan persamaan dari segi minda, moral dan sosial.
Secara minda,manusia merupakan agen berfikiran waras dan bebas. Dengan kata lain manusia dapat mempertimbangkan perkara dan membuat pilihan. Ini merupakan pantulan kepada kepintaran dan kebebasan Tuhan. Setiap kali seseorang mencipta sesebuah jentera,menulis buku, menghiasi lanskap, menikmati muzik, menghitung atau memberi nama kepada binatang peliharaan, itu menyatakan bahawa manusia telah dicipta menurut gambar dan rupa Tuhan.
Secara moral, manusia telah diciptakan dalam kebenaran dan keadaan sempurna yang tidak mempunyai kesalahan apa-apa dan ini memantulkan kekudusan Tuhan. Tuhan melihat kepada apa yang telah diciptakannya dan berkata ianya ?sangat baik?. Hati nurani atau ?kompas moral? kita merupakan sisa kepada keadaan asal yang sempurna itu. Apabila seseorang menulis undang-undang, berubah daripada kejahatan, memuji perbuatan yang baik atau merasa bersalah, orang itu meneguhkan kenyataan yang mengatakan manusia telah diciptakan dalam gambar dan rupa Tuhan.
Secara sosial manusia diciptakan untuk bersekutu. Ini memantulkan ketritunggalan Tuhan dan kasih-Nya. Di taman Eden, perhubungan utama manusia adalah dengan Tuhan (Kejadian 3: 8 menampakkan persekutuan dengan Tuhan). Tuhan menciptakan wanita pertama kerana ?adalah tidak baik kalau lelaki itu seorang diri sahaja?. Setiap kali seseorang berkahwin, memulakan persahabatan atau menghadirkan diri ke gereja, dia sedang menyatakan bahawa manusia itu telah diciptakan dalam gambar dan rupa Tuhan.
Sebahagian daripada bukti manusia telah diciptakan menurut gambar dan rupa Tuhan adalah kemampuan Adam untuk membuat pilihan-pilihan bebas. Walaupun dia telah diberikan sifat yang benar, Adam telah membuat pilihan yang jahat apabila telah memberontak terhadap Penciptanya. Dengan perlakuannya, Adam telah merosakkan gambaran Tuhan yang ada dalam dirinya dan telah mewariskan gambar dan rupa Tuhan yang rosak itu kepada keturunan-keturunannya (Roma 5:12). Pada hari ini,kita masih membawa gambar dan rupa Tuhan, tetapi kita juga membawa bersama kita parut dan kesan dosa. Secara minda, moral dan sosial kita menampakkan kesan-kesan dosa.
Apabila Tuhan menebus seseorang, Dia mula memulihkan gambar dan rupa Tuhan yang asli dengan mengenakan ?manusia baru, yang telah diciptakan menurut kehendak Allah di dalam kebenaran dan kekudusan yang sesungguhnya? (Efesus 4:24). Penebusan itu kita perolehi hanya dengan anugerah Tuhan melalui iman dalam Tuhan Yesus Kristus Penyelamat kita daripada dosa yang memisahkan kita daripada Tuhan (Efesus 2:8-9). Melalui Kristus, kita dijadikan ciptaan baru dalam Tuhan (2 Korintus 5:17).
Soalan: Adakah kita terdiri daripada dua atau tiga bahagian? Adakah kita tubuh, jiwa dan roh? Atau tubuh, jiwa-roh?
Jawapan:
Kejadian 1:26-27 menunjukkan bahawa ada sesuatu yang membuatkan manusia berbeza daripada ciptaan Tuhan yang lain. Manusia telah ditentukan supaya mempunyai perhubungan dengan Tuhan dan oleh sebab itu Tuhan telah mencipta manusia yang mempunyai bahagian fizikal dan niskala. Bahagian jasmani adalah bahagian yang dapat dilihat seperti tubuh, tulang-tulang, organ-organ tubuh dan semua bahagian ini wujud selama seseorang itu masih hidup. Bahagian niskala adalah bahagian yang tidak kelihatan: jiwa, roh, intelek, kemahuan, suara hati, dsb. Bahagian ini wujud melampaui hayat jasmani seseorang.
Semua manusia mempunyai ciri-ciri fizikal dan niskala. Semua manusia mempunyai daging, darah, tulang-tulang, organ-organ dan sel-sel. Bagaimanapun ciri-ciri yang tidak kelihatan pada manusia itulah yang sering diperdebatkan. Apakah yang dikatakan oleh Firman Tuhan tentang semua ini? Kejadian 2:7 mengatakan manusia telah diciptakan untuk menjadi mahluk yang hidup. Bilangan 16:22 menyebut Tuhan sebagai ?Allah dari segala roh? yang ada dalam semua manusia . Amsal 4:23 berkata, ?Jagalah hatimu dengan segala kewaspadaan, karena dari situlah terpancar kehidupan,? menunjukkan kedudukan hati sebagai pusat kepada kehendak dan perasaan manusia.
Kisah 23:1 berkata, ?Sambil menatap anggota-anggota Mahkamah Agama, Paulus berkata: "Hai saudara-saudaraku, sampai kepada hari ini aku tetap hidup dengan hati nurani yang murni di hadapan Allah.?? Di sini Paulus merujuk kepada hati nurani iaitu bahagian pada fikiran manusia yang menginsafkan kita terhadap yang benar dan salah. Roma 12:2 berkata, ?Janganlah kamu menjadi serupa dengan dunia ini, tetapi berubahlah oleh pembaharuan budimu, sehingga kamu dapat membedakan manakah kehendak Allah: apa yang baik, yang berkenan kepada Allah dan yang sempurna.? Ada banyak ayat Firman Tuhan seperti ini yang merujuk kepada bahagian-bahagian niskala pada manusia. Semua kita mempunyai kualiti-kualiti jasmani dan niskala.
Jadi Firman Tuhan menggariskan jauh lebih banyak dari setakat jiwa dan roh. Dalam cara tertentu roh, hati, hati nurani dan fikiran terhubung di antara satu dengan yang lain. Namun, jiwa dan roh merupakan bahagian yang paling penting bagi manusia. Jiwa dan roh mempunyai aspek-aspek lain yang terdapat di dalam manusia. Dengan ini, adakah manusia dikotomos (terbahagi dua, tubuh/jiwa-roh), atau trikotomos (terbahagi kepada tiga bahagian , tubuh/jiwa l/roh)? Mustahil untuk bersikap dogmatik dalam perkara ini. Kedua-kedua pendirian mempunyai hujah yang baik. Satu ayat kunci terdapat dalam Ibrani 4:12: ?Sebab firman Allah hidup dan kuat dan lebih tajam dari pada pedang bermata dua mana pun; ia menusuk amat dalam sampai memisahkan jiwa dan roh, sendi-sendi dan sumsum; ia sanggup membedakan pertimbangan dan pikiran hati kita.?
Ayat ini memberikan dua perkara tentang debat ini. Jiwa dan roh dapat dipisahkan, dan hanya Tuhan yang dapat melihat serta mengenal pembahagian di antara roh dan jiwa. Lebih baik memfokus kepada Pencipta yang telah menjadikan kita dengan ?dahsyat dan ajaib? (Mazmur 139:14), daripada melihat kepada perkara yang kita tidak pasti.
Soalan: Apakah perbezaan di antara jiwa dan roh manusia?
Jawapan:
Jiwa dan roh merupakan dua aspek niskala utama yang disebut dalam Firman Tuhan tentang (ascribes) manusia. Usaha mencari perbezaan di antara jiwa dan roh boleh membingungkan kita. Perkataan ?roh? merujuk kepada bahagian niskala manusiawi. Manusia mempunyai roh tetapi kita bukannya roh-roh. Dalam Firman Tuhan, hanya orang-orang percaya yang disebut sebagai hidup secara rohani (1 Korintus 2:11; Ibrani 4:12; Yakobus 2:26) sementara orang-orang tidak percaya sebagai mati secara rohani. Paulus menegaskan kepentingan kerohanian dalam semua tulisannya (1 Korintus 2:14; 3:1; Efesus 1:3; 5:19; Kolose 1:9; 3:16). Roh merupakan elemen dalam manusia yang membolehkan manusia menjalinkan hubungan intim dengan Tuhan. Setiap kali perkataan ?roh? digunakan ianya merujuk kepada aspek niskala manusia yang ?berhubung? dengan Tuhan yang juga adalah roh. (Yohanes 4:24)
Perkataan ?jiwa? dapat merujuk kepada aspek niskala dan fizikal manusia. Manusia mempunyai roh, tetapi manusia merupakan jiwa-jiwa. Dalam erti yang paling asas, perkataan ?jiwa? bererti ?kehidupan?. Namun Alkitab bercakap tentang jiwa dalam banyak konteks. Manusia secara naluri adalah jahat dan akibatnya jiwa kita dicemari. Prinsip kehidupan pada jiwa dikeluarkan sewaktu kematian jasmani. Sebagaimana dengan roh, jiwa juga menjadi pusat untuk banyak pengalaman rohani dan emosi. Setiap kali perkataan ?jiwa? muncul ia merujuk kepada peribadi manusia sepenuhnya samada masih hidup ataupun sudah meninggal dunia.
Roh dan jiwa bergabung, tetapi boleh dipisahkan (Ibrani 4:12). Jiwa merupakan intipati seseorang manusia; itulah diri kita yang sebenar. Roh merupakan aspek manusia yang berhubung dengan Allah.
Soalan: Mengapakah orang-orang dalam kitab Kejadian hidup begitu lama?
Jawapan:
Kemampuan orang-orang untuk hidup lebih lama dalam beberapa bab yang awal dalam kitab Kejadian merupakan satu misteri. Ada beberapa teori yang telah dikemukakan oleh para sarjana Alkitab. Salasilah yang terdapat dalam Kejadian 5 merekodkan keturunan alim Adam yang akan membawa messias. Tuhan mungkin telah memberkati garis keturunan ini dengan umur panjang ekoran kealiman dan ketaatan mereka kepada Tuhan. Sementara ini merupakan satu bentuk penjelasan, Alkitab tidak membatasi orang-orang berumur panjang hanya kepada yang terdapat dalam Kejadian 5. Lagipun, selain Henokh, Kejadian 5 tidak mengenalpasti orang-orang yang kealimannya menonjol. Kemungkinan besar setiap orang pada zaman itu hidup untuk beberapa ratus tahun lamanya. Beberapa faktor telah menyumbang ke arah ini.
Kejadian 1:6-7 bercakap tentang air yang di atas cakrawala, iaitu kanopi air yang mengelilingi bumi. Kanopi air tersebut telah mengakibatkan keadaan yang teduh dan menangkis banyak radiasi yang sekarang menyerang bumi. Ini telah mengakibatkan keadaan suasana kehidupan yang sempurna. Kejadian 7:11 menunjukkan tingkap-tingkap langit terbuka dan melimpahkan air ke atas bumi sewaktu air bah. Ini telah menamatkan keadaan hidup yang sempurna itu. Bandingkan kehidupan sebelum air bah (Kejadian 5: 1-32) dan selepas air bah (Kejadan 11: 10-32). Sejurus selepas air bah, umur manusia merosot dengan sangat ketara.
Satu lagi perkara yang dapat pertimbangkan adalah tentang masalah genetik manusia. Belum banyak berlaku permasalahan genetik manusia pada waktu itu. Adam dan Hawa telah dicipta dalam keadaan yang sempurna. Mereka dapat bertahan teguh terhadap sakit penyakit. Keturunan mereka mewarisi kemampuan ini tetapi dalam kemampuan yang lebih rendah. Begitu masa berlalu dan akibat dosa, genetik manusia menjadi semakin tercemar sehingga manusia mudah sakit dan meninggal duniai. Ini mungkin telah memendekkan umur manusia.
Soalan: Apakah asal-usul bangsa-bangsa?
Jawapan:
Alkitab tidak memberikan asal-usul yang jelas kepada bangsa-bangsa dan warna kulit manusia. Sebenarnya, hanya ada satu bangsa iaitu bangsa manusia. Dalam manusia ada perbezaan warna kulit dan beberapa ciri-ciri jasmani yang lain. Beberapa spekulasi berkata, sewaktu Tuhan mengacau-bilaukan bahasa manusia dalam Kejadian 11 Dia juga telah menciptakan perbezaan kaum. Tuhan juga telah mencipta perbezaan kod genetik manusia untuk dapat hidup dalam keadaan ekologi yang berbeza, seperti kulit hitam pada orang Africa untuk bertahan cuaca panas terik. Menurut pandangan ini, Tuhan membingungkan bahasa, membuat manusia berkumpul dalam rumpun bahasa mereka dan kemudian menciptakan perbezaan genetik kaum berdasarkan kedudukan lokasi kaum menetap. Walaupun ini satu kemungkinan, tidak ada dasar Alkitab untuk menyokong pandangan ini. Perhubungan di antara bangsa-bangsa dan warna kulit kepada menara Babel tidak ada disebut di dalam Alkitab.
Apabila muncul bahasa yang berbeza-beza selepas air bah, kumpulan bahasa yang sama mula bergerak bersama-sama. Oleh sebab itu percampuran genetik manusia menjadi semakin sempit sebab tidak lagi berkumpul dengan seluruh penduduk manusia. Pembiakan yang dekat berlaku, dan ini mengakibatkan terbentuknya bentuk wajah dalam kumpulan tersebut. Apabila pembiakan dalaman terus berlaku dalam generasi yang menyusul, percampuran genetik menjadi semakin sempit sehingga orang-orang dari keluarga yang sama semuanya mempunyai wajah yang serupa.
Penjelasan lain berkata Adam dan Hawa mempunyai gen untuk menghasilkan keturunan orang berkulit hitam, coklat dan putih (dan semua warna kulit yang lain). Ini sama dengan pasangan dari pelbagai campuran bangsa akan menghasilkan anak-anak dengan warna kulit yang berbeza-beza. Sejak Tuhan memang mahukan manusia mempunyai penampilan yang berbeza, masuk akal untuk mengatakan Tuhan memberikan Adam dan Hawa kemampuan untuk menghasilkan anak-anak dengan warna kulit yang berbeza-beza. Orang-orang yang terselamat daripada air bah hanyalah Nuh dan isterinya, tiga orang anak-anak lelaki Nuh bersama dengan isteri mereka. Kesemuanya seramai lapan orang (Kejadian 7:13). Barangkali menantu-menantu perempuan Nuh berasal daripada kaum yang lain. Mungkin juga isteri Nuh berasal daripada kaum yang lain. Barangkali semua mereka berasal dari kaum yang bercampur-campur yang membolehkan mereka untuk menghasilkan anak-anak dari pelbagai bangsa. Apapun penjelasannya, perkara terpenting adalah kita semua satu bangsa, diciptakan oleh Tuhan yang sama dengan tujuan yang sama iaitu untuk memuliakan Dia.
Soalan: Apakah yang dikatakan Alkitab tentang rasialisme, prejudis dan diskriminasi?
Jawapan:
Perkara pertama perlu difahami dalam perbincangan ini adalah terdapat hanya satu bangsa sahaja iaitu bangsa manusia. Orang berkulit putih, Afrika, Asia, India, Arab, dan Yahudi bukannya dari bangsa-bangsa yang berlainan. Mereka terdiri daripada etnik manusia yang berbeza-beza. Semua manusia mempunyai ciri-ciri jasmani yang sama (tentu sekali ada sedikit perbezaan) . Perkara terpenting adalah semua orang telah diciptakan dalam gambar dan rupa Tuhan (Kejadian 1: 26-27). Tuhan sangat mengasihi dunia sehingga Dia mengirimkan Anak-Nya Yesus untuk memberikan hidup-Nya kepada kita (Yohanes 3:16). ?Dunia? yang disebut dalam ayat ini termasuk semua kumpulan etnik manusia.
Tuhan tidak memihak dan tidak pilih kasih (Ulangan 10:17, Kisah Para Rasul 10:34; Roma 2:11) maka demikianlah juga kita tidak memihak dan bersifat pilih kasih. Yakobus 2:4 bercakap tentang orang yang bersifat diskriminasi ?sebagai hakim dengan pikiran yang jahat.? Sebaliknya kita diminta untuk mengasihi jiran-jiran kita sebagaimana kita mengasihi diri sendiri (Yakobus 2: 8). Dalam Perjanian lama,Tuhan memisahkan manusia kepada dua kumpulan: Yahudi dan bukan Yahudi. Tuhan ingin supaya orang-orang Yahudi akan menjadi satu kerajaan para imam, yang melayani di antara bangsa-bangsa bukan Yahudi. Namun orang Yahudi telah menjadi sombong dengan kedudukannya dan memendang rendah orang-orang bukan Yahudi. Yesus Kristus telah menghentikan ini dengan menghancurkan tembok-tembok pemisah (Efesus 2). Semua bentuk rasialisme, prejudis dan diskriminasi merupakan penghinaan terbuka kepada apa yang dia telah lakukan oleh Kristus di kayu salib.
Yesus memerintah agar kita mengasihi satu dengan yang lain seperti Dia mengasihi kita (Yohanes 13:34). Sekiranya Tuhan tidak bersikap berat sebelah,maka kita perlu mengasihi orang lain dengan kasih yang Tuhan sendiri telah nyatakan kepada kita. Dalam Matius 25, Tuhan Yesus mengajar kita bahawa apa saja yang kita lakukan terhadap seseorang semua itu kita lakukan terhadap Dia. Sekiranya kita layani seseorang dengan penghinaan, kita tidak melayani dengan baik manusia yang telah diciptakan dalam gambar dan rupa Tuhan; maka kita menyakiti seseorang yang Tuhan kasihi dan demi Dia Yesus telah mati.
Rasialisme dalam pelbagai bentuk dan tahap telah menjadi penyakit manusia selama ribuan tahun. Saudara-saudari dari semua eknik, ini tidak boleh dibiarkan. Mangsa rasialisme, prejudis dan diskriminasi perlu mengampuni. Efesus 4:32 menyatakan, ?hendaklah kamu ramah seorang terhadap yang lain, penuh kasih mesra dan saling mengampuni, sebagaimana Allah di dalam Kristus telah mengampuni kam.? Orang-orang yang rasial mungkin tidak layak kita maafkan, tetapi kita pun lebih tidak layak menerima pengampunan dari Tuhan. Mereka yang mengamalkan rasialisme, prejudis dan diskriminasi perlu bertaubat. ?Serahkanlah dirimu kepada Allah sebagai orang-orang, yang dahulu mati, tetapi yang sekarang hidup. Dan serahkanlah anggota-anggota tubuhmu kepada Allah untuk menjadi senjata-senjata kebenaran? (Roma 6:13). Semoga kita mengalami Galatia 3:28 dengan sepenuhnya, ?tidak ada orang Yahudi atau orang Yunani, tidak ada hamba atau orang merdeka, tidak ada laki-laki atau perempuan, karena kamu semua adalah satu di dalam Kristus Yesus.?