Soalan-soalan yang lazim ditanya
Soalan: Sekali diselamatkan sentiasa terselamat?

Jawapan: Adakah seorang Kristian yang diselamatkan sekali bermakna dia akan sentiasa terselamat? Apabila seseorang mengenali Kristus sebagai penyelamat, mereka menjalin satu hubungan dengan Tuhan yang menjamin penyelamatan mereka yang kekal abadi. Banyak perenggan di dalam Kitab Injil yang mengumumkan fakta ini. (a) Roma 8:30 menyatakan bahawa, ?Begitulah Allah memanggil mereka yang telah ditetapkan-Nya dari dahulu; Allah membolehkan mereka yang dipanggil-Nya itu berbaik semula dengan Dia, dan Allah memberikan sebahagian daripada kemuliaan-Nya kepada mereka yang dibolehkan-Nya berbaik semula dengan Dia?. Ayat tersebut memberitahu kita bahawa ketika Tuhan memilih kita, maka adalah seperti kita diberi kemuliaan bersamanya di syurga. Tiada sebarang benda yang boleh menghalang seseorang yang percaya kepada Tuhan daripada mendapat kemuliaan jika Tuhan sudah menentukannya di syurga. Apabila seseorang dianggap sempurna oleh Tuhan, maka penyelamatannya dijamin akan kekal ? dia telah terselamat bagai telah berada di dalam kemuliaan syurga.

(b) Paulus juga bertanya soalan yang kritikal di dalam Roma 8:33-34, ?Siapakah berani menuduh kita, umat yang sudah dipilih oleh Allah? Tiada seorang pun, kerana Allah sendiri menyatakan kita tidak bersalah. Siapakah dapat menyalahkan kita? Tidak seorang pun, Kristus Yesus membela kita! Dialah yang sudah mati, bahkan sudah dibangkitkan daripada kematian dan berada di sebelah kanan Allah?. Siapa yang boleh menuduh orang yang dipilih oleh Tuhan? Tiada sesiapa kerana Yesus ialah penyelamat kita. Siapa yang boleh mengatakan kita berdosa? Tiada sesiapa, kerana Kristus, sudah mati untuk kita, Dia yang mengadili kita. Kita mempunyai pengadil dan penyelamat sebagai Tuan kita.

(c) Penganut dilahirkan semula (diperbaharui) semasa mereka percaya (Yohanes 3:3; Titus 3:5). Bagi seorang Kristian yang kehilangan penyelamatannya, dia mesti telah mengalami proses yang bertentangan dengan pembaharuan. Kitab Injil tidak menyatakan bahawa kelahiran semula boleh diambil alih. (d) Roh Kudus hidup di dalam semua penganut (Yohanes 14:17; Roma 8:9) dan membaptis mereka menjadi Badan Kristus (1 Korintus 12:13). Seorang penganut hanya akan menjadi tidak terselamat apabila dia ditinggalkan oleh Roh Kudus dan terpisah daripada Badan Kristus. (e) Yohanes 3:15 mengatakan bahawa barang sesiapa yang percaya kepada Yesus Kristus akan mempunyai ?kehidupan abadi?. Jika kamu percaya kepada Kristus hari ini dan kehilangannya esok, maka ini bukan abadi lagi. Jika kamu boleh kehilangan kehidupan abadi, maka janji-janji di dalam Kitab Injil adalah tidak benar.

(f) Sebagai kesimpulannya, saya rasa Kitab Injil betul apabila menyatakan bahawa, ?Aku yakin bahawa tiada sesuatu pun dapat menghalang Kristus mengasihi kita: baik kematian mahupun kehidupan, baik malaikat mahupun penguasa lain di angkasa, baik hal-hal yang berlaku sekarang mahupun pada masa yang akan datang, baik hal-hal yang di langit mahupun yang di bumi ? tidak ada sesuatu pun di alam semesta yang dapat menghalang Allah mengasihi kita, seperti yang sudah ditunjukkan-Nya melalui Kristus Yesus, Tuhan kita.? (Roma 8:38-39). Ingat bahawa Tuhan yang menyelamatkan kamu ialah Tuhan yang melindungi kamu. Sekali diselamatkan bermakna sentiasa terselamat. Penyelamatan kita akan berkekalan sehingga abadi.

Soalan: Apa yang akan berlaku selepas mati?

Jawapan: Soalan mengenai perkara yang akan berlaku selepas mati adalah mengelirukan. Kitab Injil bukan sangat jelas tentang masa seseorang akan menemui takdir muktamadnya. Kitab Injil memberitahu kita bahawa selepas seseorang mati, dia akan diangkat ke syurga atau dihantar ke neraka bergantung kepada sama ada dia percaya kepada Yesus sebagai Penyelamat Individu atau tidak? Bagi orang yang percaya kepada Yesus, selepas kematian dia akan meninggalkan badan fizikal ini dan berada bersama dengan Tuhan Yesus (2 Korintus 5:6-8; Filipi 1:23). Untuk mereka yang tidak percaya, selepas kematian mereka akan menerima hukuman abadi di neraka (Lukas 16:22-23).

Hal ini yang mengelirukan kita mengenai perkara yang berlaku selepas mati. Wahyu 20:11-15 menyatakan bahawa mereka yang berada di neraka adalah dicampak ke dalam tasik berapi. Wahyu bab 21-22 menyatakan bahawa terdapat satu Syurga Baru dan Bumi Baru. Oleh itu, nampaknya sebelum kebangkitan terakhir, selepas mati roh manusia akan berada di satu Syurga atau Neraka sementara terlebih dahulu. Takdir muktamad seseorang tidak akan diubah tetapi lokasi takdir akhirnya mungkin akan bertukar. Suatu ketika nanti selepas mati, mereka yang percaya kepada Yesus akan dihantar ke Syurga Baru dan Bumi Baru (Wahyu 21:1). Suatu ketika nanti selepas mati, mereka yang tidak percaya kepada Yesus akan dicampak ke dalam tasik berapi (Wahyu 20:11-15). Tempat itulah destinasi terakhir dan abadi untuk semua orang ? bergantung sepenuhnya kepada sama ada mereka percaya kepada Yesus untuk mendapat penyelamatan dan pengampunan dosa atau tidak.

Soalan: Adakah penyelamatan abadi berdasarkan Kitab Injil?

Jawapan: Apabila manusia mengetahui bahawa Yesus ialah Penyelamat mereka, mereka menjalin satu hubungan unik dengan Tuhan yang menjamin penyelamatan abadi mereka. Yudas 1:24 mengumumkan, ?Allah, yang dapat menjaga kamu supaya tetap beriman, dan yang dapat membawa kamu ke hadirat-Nya yang mulia dengan sukacita dan tanpa cela.? Kuasa Tuhan mampu melindungi orang yang percaya kepada-Nya daripada kejatuhan dan terpesong daripada kebenaran Tuhan. Adalah terpulang kepada Tuhan dan bukannya kita, sama ada kita boleh menyembah di hadapan-Nya dalam kemuliaannya. Penyelamatan abadi kita adalah keputusan Tuhan untuk melindungi kita, dan kita tidak berupaya untuk mengekalkan penyelamatan kita.

Tuan Yesus Kristus mengumumkan, ?Aku memberi mereka hidup sejati dan kekal, dan mereka tidak akan binasa. Tidak seorang pun dapat merampas mereka dari tangan-Ku. Apa yang diberikan oleh Bapa-Ku kepada-Ku lebih besar daripada segala-galanya. Tidak seorang pun dapat merampas mereka daripada tangan Bapa.?(Yohanes 10:28-29b). Yesus dan Bapa Tuhan melindungi kita dengan baik dalam tangan mereka. Tiada sesiapa yang mungkin merampas kita daripada genggaman Bapa Tuhan dan Anak-Nya Yesus Kristus.

Efesus 4:30 memberitahu kita bahawa orang yang percaya adalah ?dimeterai pada hari penyelamatan?. Jika orang yang percaya tidak mempunyai penyelamatan abadi, pemeteraian itu tidak akan kekal sampai hari penyelamatan, tetapi hanya pada masa berdosa, ajaran sesat atau ketidakpercayaan. Yohanes 3:15-16 memberitahu kita sesiapa yang percaya kepada Yesus Kristus akan ?mempunyai kehidupan abadi?. Jika seseorang dijanjikan kehidupan abadi, tetapi kehidupan itu dirampas semula, maka kehidupan itu tidak abadi dari mula. Jika penyelamatan abadi tidak benar, maka jaminan kehidupan abadi di dalam Kitab Injil adalah palsu.

Hujah yang paling kuat menyokong penyelamatan abadi ialah Roma 8:38-39, ?Aku yakin bahawa tiada sesuatu pun dapat menghalang Kristus mengasihi kita: baik kematian mahupun kehidupan, baik malaikat mahupun penguasa lain di angkasa, baik hal-hal yang berlaku sekarang, mahupun pada masa yang akan datang; baik hal-hal yang di langit mahupun yang di bumi ? tidak ada sesuatu pun di alam semesta yang dapat menghalang Allah mengasihi kita, seperti yang sudah ditunjukkan-Nya melalui Kristus Yesus, Tuhan kita!? Penyelamatan abadi kita adalah berdasarkan kasih Tuhan bagi mereka yang ditebus oleh-Nya. Penyelamatan abadi kita dibeli oleh Kristus, dijamin oleh Bapa Tuhan, dan dimeterai oleh Roh Kudus.

Soalan: Apakah yang dikatakan oleh Kitab Injil mengenai Perkahwinan antara bangsa yang berlainan yang berlainan?

Jawapan: Perjanjian Lama melarang orang Israel daripada terlibat dalam perkahwinan antara bangsa (Ulangan 7:3-4). Alasannya ialah orang Israel akan terpesong daripada jalan yang betul jika mereka mengahwini orang yang menyembah patung, orang yang tidak percaya kepada Tuhan atau orang yang percaya kepada agama yang bercanggah dengan ajaran Tuhan Yehowah. Prinsip yang sama digunakan dalam Perjanjian Baru, tetapi pada konteks yang berlainan. ?Janganlah cuba bekerjasama dengan orang yang tidak percaya kepada Kristus, kerana hal ini tidak sesuai. Kebaikan dan kejahatan tidak dapat bekerjasama. Cahaya dan kegelapan tidak dapat bersama-sama.? (2 Korintus 6:14). Maka orang Israel (percaya kepada satu Tuhan yang unggul) diarah supaya tidak mengahwini orang yang tidak percaya kepada Tuhan, begitu juga dengan orang Kristian (yang juga percaya kepada satu Tuhan yang unggul) diarah supaya tidak mengahwini orang yang tidak percaya. Untuk menjawab soalan ini dengan spesifik, Tidak, Kitab Injil tidak mengatakan perkahwinan antara bangsa adalah salah!

Setiap orang patut diadili berdasarkan kelakuannya, bukan warna kulitnya. Kita patut berhati-hati supaya tidak menunjukkan sikap pilih kasih terhadap sesetengah orang, tidak bersikap prasangka dan perkauman (Yakobus 2:1-10, perhatikan ayat 1 dan 9). Seorang lelaki atau perempuan Kristian digalakkan memilih isteri atau suami berdasarkan samada orang itu adalah Kristian dan mempunyai kepercayaan yang sama (2Korintus 6:14), samada dia seorang yang dilahirkan semula melalui iman terhadap Kristus Yesus (Yohanes 3:3-5). Iman dalam Kristus, bukan warna kulit, adalah ukuran Kitab Injil untuk memilih jodoh. Perkahwinan antara bangsa bukan satu faktor yang betul atau salah, tetapi faktor kebijaksanaan, kewarasan dan doa.

Satu masalah yang timbul daripada perkahwinan antara bangsa ialah suami isteri yang berlainan bangsa akan mengalami kesukaran diterima oleh orang lain. Banyak suami isteri berlainan kaum mengalami masalah diskriminasi dan bahan ketawa, kadang kala daripada keluarga sendiri. Satu lagi masalah adalah apabila anak mereka mempunyai warna yang berbeza, ada yang mengikut warna kulit bapa, ada yang mengikut warna kulit emak. Oleh itu, jodoh berlainan kaum harus mengambil kira masalah tersebut dan bersedia menghadapinya, jika mereka hendak berkahwin. Akhirnya, prinsip Kitab Injil mengenai perkahwinan ialah kita digalakkan memastikan jodoh kita mempunyai kepercayaan yang sama,iaitu merupakan salah seorang ahli keluarga Tuhan Yesus.

Soalan: Mengapa Pembaptisan Kristian penting?

Jawapan: Pembaptisan Kristian, mengikut kitab injil, ialah satu keterangan luaran yang menunjukkan segala yang berlaku dalam jiwa seorang Kristian. Pembaptisan Kristian menggambarkan identiti seorang Kristian berhubung dengan kematian Kristus, pengebumiannya dan kebangkitan daripada kematian. Kitab Injil mengumumkan, ?Tidakkah kamu tahu bahawa pada masa kita dibaptis, kita dipersatukan dengan Kristus Yesus? Hal ini bererti kita dipersatukan dengan kematian-Nya. Dengan baptisan itu, kita dikubur dengan Kristus dan ikut mati bersama-sama Dia, supaya sebagaimana Kristus dibangkitkan daripada kematian oleh kuasa Bapa yang mulia, kita pun dapat mengamalkan hidup yang baru.? (Roma 6:3-4). Dalam pembaptisan Kristian, perbuatan terendam ke dalam air menggambarkan dikebumikan bersama Kristus. Perbuatan bangun daripada air menunjukkan Kebangkitan Kristus daripada kematian.

Dalam pembaptisan Kristian, sepatutnya terdapat dua keperluan sebelum seseorang dibaptis: (1) orang yang dibaptis mesti mempunyai kepercayaan kepada Yesus Kristus sebagai Penyelamat, dan (2) orang itu mesti memahami makna pembaptisan. Jika orang itu mengetahui Yesus Kristus ialah Penyelamat, memahami bahawa pembaptisan ialah satu langkah untuk menunjukkan kesetiaan kepada Tuhan dan mengumumkan kepercayaannya di depan khalayak ramai. Orang itu ingin dibaptis dan pasti dengan kepercayaannya, maka tiada alasan untuk dia tidak dibaptis. Mengikut Kitab Injil, pembaptisan ialah simbol kesetiaan dan ketaatan kepada Tuhan, pengakuan secara umum bahawa orang itu percaya kepada Yesus Kristus sahaja untuk penyelamatan. Pembaptisan Kristian adalah penting kerana ia menunjukkan taat-setia kepada Tuhan ? menunjukkan kepercayaan kepada Kristus secara terbuka dan komitmen kepada-Nya, serta mengenal pasti bersama Kristus di dalam kematian, pengebumian dan kebangkitan.

Soalan: Apakah pendapat Kristian mengenai tindakan membunuh diri? Apakah yang dikatakan oleh Kitab Injil mengenai perbuatan membunuh diri?

Jawapan: Mengikut Kitab Injil, tindakan seseorang membunuh diri tidak akan menentukan samada dia akan masuk ke syurga atau tidak. Jika seseorang yang belum diselamatkan membunuh diri, dia hanya mempercepat proses masuk ke neraka. Orang yang membunuh diri akan masuk ke dalam neraka jika mereka tidak menerima Yesus sebagai Penyelamat, dan bukan kerana mereka membunuh diri. Kitab Injil menulis mengenai empat orang yang membunuh diri, iaitu: Saul (1 Samuel 31:4), Ahitofel (2 Samuel 17:23), Zimri (1 Raja-raja 16:18), and Judas (Matius 27:5). Mereka jahat dan berdosa. Kitab Injil menganggap perbuatan membunuh diri sebagai keganasan membunuh ? iaitu menamatkan nyawa sendiri secara salah. Hanya Tuhan berhak menentukan bila dan bagaimana seseorang akan mati. Merampas kuasa ini daripada Tuhan ialah satu kesalahan pengkufuran.

Apakah yang dikatakan oleh Kitab Injil mengenai Kristian yang membunuh diri? Saya tidak percaya bahawa seorang Kristian yang membunuh diri akan pergi ke neraka. Kitab Injil mengajar bahawa pada masa seseorang benar-benar percaya pada Yesus Kristus dia serta-merta diselamatkan selama-lamanya (Yohanes 3:16). Mengikut Kitab Injil, Kristian boleh pasti bahawa mereka mempunyai kehidupan abadi tidak kisah apa yang berlaku. ?Aku menulis surat ini kepada kamu yang percaya kepada Anak Allah, supaya kamu tahu bahawa kamu sudah mempunyai hidup sejati dan kekal.?(1 Yohanes 5:13). Tiada sebarang benda yang boleh memisahkan Kristian daripada kasih Tuhan. ?Aku yakin bahawa tiada sesuatu pun dapat menghalang Kristus mengasihi kita: baik kematian mahupun kehidupan, baik malaikat mahupun penguasa lain di udara, baik hal-hal yang berlaku sekarang mahupun pada masa yang akan datang, baik hal-hal yang di langit mahupun yang di bumi ? tidak ada sesuatu pun di alam semesta yang dapat menghalang Allah mengasihi kita, seperti yang sudah ditunjukkan-Nya melalui Kristus Yesus, Tuhan kita.? (Roma 8:38-39). Jika tiada sebarang benda yang dicipta boleh memisahkan Kristian daripada Tuhan, maka tindakan Kristian yang membunuh diri juga tidak akan memisahkan Kristian yang membunuh diri itu daripada Tuhan. Yesus mati untuk kita, jika seorang Kristian yang jujur membunuh diri disebabkan dia lemah ? maka dosa itu juga akan diampuni oleh Tuhan.

Hal ini tidak bermakna membunuh diri bukan satu dosa yang serius bagi Tuhan. Mengikut Kitab Injil, membunuh diri ialah dosa. Orang yang mengatakan bahawa dia ialah seorang Kristian yang jujur tetapi masih membunuh diri, kepercayaannya mesti bermasalah. Tiada alasan yang munasabah boleh membenarkan seorang Kristian membunuh diri. Kristian disuruh hidup untuk Tuhan dan bukannya membunuh diri. Kematian kita adalah di tangan Tuhan sahaja. Satu gambaran tentang membunuh diri ialah kisah dalam buku Ester. Di Persia, seseorang yang datang menghadap Raja tanpa keizinan dan jemputan Raja akan dihukum mati kecuali Raja mengampuninya. Jika Kristian memaksa dirinya mati dan berjumpa Tuhan sebelum masa yang ditentukan oleh Tuhan, dia masih terselamat tetapi Tuhan tidak bersetuju dengan cara ini. Ayat di 1 Korintus 3:15 menghuraikan kedudukan Kristian yang membunuh diri melalui ?Tetapi jika kerja seseorang terbakar, dia akan rugi. Dia sendiri akan selamat, seperti orang yang melepaskan diri daripada api.?

Soalan: Apakah yang dikatakan oleh Kitab Injil mengenai perceraian dan perkahwinan semula?

Jawapan: Terlebih dahulu, tidak kira apakah pendapat peribadi setiap orang mengenai perceraian, adalah penting bagi kita untuk mengingat kembali ayat-ayat di Maleakhi 2:16: ?Tuhan Allah Israel berfirman, ?Aku membenci perceraian. Aku tidak suka apabila salah seorang daripada kamu berbuat hal sekejam itu terhadap isterinya. Pastikanlah supaya kamu tidak memungkiri janji untuk tetap setia kepada isteri kamu.?? Mengikut Kitab Injil, perkahwinan ialah perjanjian untuk seumur hidup. ?Dengan demikian mereka bukan lagi dua orang, tetapi satu. Oleh itu, mereka yang telah disatukan oleh Allah, tidak boleh dipisahkan oleh manusia.? (Matius 19:6) Tuhan mengetahui bahawa perkahwinan membabitkan dua orang manusia yang berdosa, oleh itu perceraian mesti akan berlaku. Dalam Perjanjian Lama, Tuhan menetapkan undang-undang tertentu untuk melindungi hak perempuan yang diceraikan (Ulangan 24:1-4). Yesus berkata bahawa undang-undang tersebut diberi kerana kekerasan hati manusia, bukan kerana Tuhan bersetuju dengannya (Matius 19:8).

Percanggahan antara perceraian dan perkahwinan semula dibincang di dalam Kitab Injil khasnya dalam ayat-ayat Matius 5:32 dan 19:9. Ungkapan ?kecuali kerana ketidaksetiaan perkahwinan? mungkin adalah alasan tunggal dalam Kitab Injil yang membenarkan perceraian dan perkahwinan semula. Ramai orang percaya bahawa ?alasan tunggal? adalah merujuk kepada ?ketidaksetiaan perkahwinan?. Mengikut adat resam Yahudi, lelaki dan perempuan dianggap sudah berkahwin apabila mereka sudah bertunang. Ketidaksetiaan setelah bertunang boleh mengakibatkan perceraian.

Walau bagaimanapun, bahasa orang Yunani bagi ?ketidaksetiaan perkahwinan? boleh membawa makna segala keruntuhan akhlak dari segi seks. Hal ini boleh bermakna perbuatan berzina dan pelacuran. Maksud Yesus mengenai perceraian dibenarkan jika terdapat perbuatan seks di luar perkahwinan. Hubungan seks adalah satu unsur penting dalam perkahwinan kerana ?dua orang menjadi satu? (Kejadian 2:24; Matius 19:5; Efesus 5:31). Oleh itu, perceraian dibenarkan apabila berlaku perpecahan hubungan perkahwinan akibat hubungan seks di luar perkahwinan. Yesus juga menyatakan tentang perkahwinan semula. Ungkapan ?dan mengahwini orang lain? (Matius 19:9) menunjukkan perceraian dan perkahwinan semula adalah dibenarkan dalam keadaan tersebut. Walaupun tidak disebut dalam teks Kitab Injil, kebenaran untuk bercerai dan berkahwin semula adalah restu Tuhan untuk melindungi orang yang dilayan secara tidak adil, iaitu mangsa! Terdapat contoh pihak yang berdosa dibenarkan berkahwin semula, tetapi hal ini bukan ajaran asal Kitab Injil.

Terdapat orang yang mentafsir 1 Korintus 7:15 sebagai satu pengecualian, membenarkan perkahwinan semula jika salah satu pihak yang tidak percaya menceraikan pihak yang percaya. Tetapi konteks ini tidak menyebut tentang perkahwinan semula tetapi hanya menyatakan bahawa seorang penganut tidak semestinya meneruskan hubungan perkahwinan jika jodohnya hendak meninggalkannya. Ada orang yang berpendapat bahawa keganasan keluarga adalah alasan baik untuk perceraian walaupun hal ini tidak ditulis dalam Kitab Injil.

Alasan ketidaksetiaan perkahwinan dibenarkan untuk bercerai, tetapi bukan satu kemestian untuk bercerai. Walaupun dosa seks telah dilakukan, tetapi dengan rahmat Tuhan, kita boleh belajar mengampuni dan membina semula hubungan perkahwinan kerana Tuhan sudi memaafkan kita yang banyak berdosa. Kita mesti mengikut teladan Tuhan dan memaafkan dosa zina (Efesus 4:32). Tetapi dalam banyak kes, salah satu pihak tidak menyesal dan meneruskan dosanya. Dalam keadaan ini, Matius 19:9 boleh digunakan. Ramai orang berkahwin semula dengan cepat walaupun Tuhan ingin mereka bujang. Tuhan kadangkala inginkan seseorang bujang supaya dia boleh menumpukan perhatian pada kerja Tuhan (1 Korintus 7:32-35). Perkahwinan semula boleh menjadi satu pilihan selepas perceraian, tetapi bukannya satu pilihan tunggal.

Sungguh dukacita melihat kadar perceraian dalam kalangan penganut Kristian adalah setinggi orang yang tidak percaya. Kitab Injil menyatakan bahawa Tuhan benci kepada perceraian (Maleakhi 2:16) dan mengampuni dan memulihkan hubungan patut menjadi tanda penganut (Lukas 11:4, Efesus 4:32). Tetapi Tuhan tahu bahawa perceraian tetap akan berlaku di kalangan orang yang percaya. Penganut yang bercerai atau berkahwin semula tidak perlu merasakan dirinya kurang disayangi oleh Tuhan, walaupun perceraian mereka bukan disebabkan perbuatan berzina. Tuhan mampu menggunakan Kristian yang berdosa untuk mencapai sesuatu yang baik.

Soalan: Apakah yang Kitab Injil nyatakan mengenai bayaran sepuluh peratus?

Jawapan: Bayaran sepuluh peratus ialah satu isu yang menyukarkan bagi ramai Kristian. Dalam banyak gereja, bayaran sepuluh peratus terlalu dititikberatkan. Pada masa yang sama, ramai Kristian yang tidak memberi bayaran kepada Tuhan dengan rela hati untuk kemuliaan Tuhan. Bayaran sepuluh peratus sepatutnya satu kepuasan hati, satu restu, tetapi sedih sekali, keadaan ini tidak berlaku di gereja sekarang.

Bayaran sepuluh peratus ialah konsep Perjanjian Lama. Bayaran sepuluh peratus ialah keperluan mengikut hukum Tuhan di mana semua orang Israel memberi 10% pendapatan mereka kepada Gereja Tuhan (Imamat 27:30; Bilangan 18:26; Ulangan 14:24; 2 Tawarikh 31:5). Adalah difahamkan bahawa bayaran sepuluh peratus mengikut Perjanjian Lama ialah satu cara pencukaian yang memberi keperluan hidup kepada paderi dan orang Lewi. Perjanjian Baru tidak mewajibkan Kristian membayar duit kepada gereja. Paulus mengatakan bahawa penganut patut memberi sebahagian daripada pendapatan mereka untuk menyokong gereja (1 Korintus 16:1-2).

Perjanjian Baru tidak menyatakan jumlah peratus daripada pendapatan yang patut diberi, tetapi hanya menyatakan perlu ?sepadan dengan pendapatan masing-masing? (1 Korintus 16:2). Ada gereja Kristian yang merujuk kepada Perjanjian Lama dan menyatakan bahawa 10% ialah jumlah minimum untuk diberikan kepada gereja. Tetapi Kristian tidak semestinya berasa adalah tanggungjawab mereka untuk memberi 10%. Pemberian ini sepatutnya bergantung kepada keupayaan Kristian dan keperluan gereja. Setiap Kristian patut berdoa kepada Tuhan mengenai berapa banyak bayaran yang sepatutnya mereka berikan untuk kemuliaan Tuhan (Yakobus 1:5). ?Masing ?masing harus memberi sebanyak yang telah ditentukannya. Orang harus memberi dengan rela dan sukacita, kerana Allah mengasihi orang yang memberi dengan senang hati? (2 Korintus 9:7).

Soalan: Apakah yang dikatakan Alkitab tentang perjudian? Adakah berjudi itu dosa?

Jawapan: Definisi perjudian adalah ?mengambil risiko kewangan dalam usaha melipatgandakan wang di atas sesuatu yang bertentangan dengan kemungkinan?. Secara khusus Alkitab tidak mengecam perjudian, pertaruhan atau loteri. Bagaimanapun Alkitab menasihatkan agar kita menjauhkan diri daripada cinta kepada wang (1 Timotius 6:10; Ibrani 13:5). Firman Tuhan juga mendorong agar kita menjauhkan diri dari usaha-usaha ?mahu cepat kaya? (Amsal 13: 11, 23:5; Pengkhotbah 5:10). Perjudian jelas sekali berfokus kepada cinta wang dan tidak dapat dinafikan ia menggoda manusia dengan janji dapat meraih kekayaan dengan cepat dan melalui jalan mudah.

Apa salahnya dengan berjudi? Perjudian adalah rumit sebab ia dilakukan sekali-sekala dan secara sederhana. Ia membazir wang tetapi tidak semestinya sesuatu yang ?jahat?. Manusia membazirkan wang dalam pelbagai jenis kegiatan. Berjudi tidak melebihi bahkan lebih murah berbanding menonton wayang gambar (dalam banyak kasus), makan makanan mahal yang tidak diperlukan atau membeli barang yang tidak berharga. Pada masa yang sama, kenyataan wang dibazirkan ke atas benda-benda lain tidak membenarkan perjudian. Wang tidak patut dibazir. Wang lebih sepatutnya ditabung untuk keperluan masa depan atau diberikan kepada pekerjaan Tuhan ? bukan diperjudikan.

Perjudian dalam Alkitab: Sementara Alkitab tidak ada menyebut tentang perjudian, ia ada menyebut tentang permainan ?nasib? atau ?peluang?. Sebagai contoh, pembuangan undi diamalkan dalam kitab Imamat bagi memilih di antara dua ekor kambing jantan. Yosua membuang undi untuk menentukan pembahagian tanah di antara suku-suku Israel. Nehemiah membuang undi untuk menentukan siapa yang akan tinggal di dalam tembok Yerusalem dengan siapa yang tidak. Para murid membuang undi untuk menentukan pengganti Yudas. Amsal 16:33 berkata, ?Undi dibuang di pangkuan, tetapi setiap keputusannya berasal dari pada TUHAN?. Tidak terdapat dalam Alkitab di mana perjudian atau ?nasib? digunakan sebagai hiburan atau dinyatakan sebagai amalan yang dapat diterima untuk pengikut-pengikut Tuhan.

Kasino dan loteri: Kasino menggunakan pelbagai skim perniagaan untuk menarik kaki judi supaya mengambil risiko kewangan sebanyak yang mungkin. Kasino juga menawarkan minuman keras yang murah atau percuma yang mana mendorong kepada kemabukan dan mengurangkan daya fikir untuk membuat pilihan-pilihan yang bijak. Segala sesuatu di kasino telah diatur sebegitu rupa untuk mengambil sebanyak mungkin wang dan tidak memberi apa-apa kecuali rasa nikmat yang kosong dan segera berlalu. Loteri berusaha menampakkan pertubuhan mereka sebagai satu cara untuk mendanai pendidikan dan program-program sosial. Bagaimanapun, hasil penyelidikan menunjukkan golongan yang terlibat dengan loteri adalah golongan yang hampir tidak mampu untuk membelanjakan kewangan ke atas tiket loteri. Tarikan untuk ?menjadi cepat kaya? merupakan pencobaan yang terlalu kuat terhadap mereka yang terdesak. Kebarangkalian untuk menang adalah terlalu kecil yang akhirnya membawa kehancuran dalam kehidupan ramai orang.

Mengapa loteri tidak menyenangkan Tuhan: Ramai orang yang bermain loteri atau berjudi mengaku berniat hendak memberi kepada pekerjaan Tuhan atau ke tujuan murni yang lain. Sementara ini merupakan motif yang baik,kenyataan membuktikan bahawa tidak ramai pemenang dalam perjudian yang telah menggunakan hasil kemenangannya untuk tujuan-tujuan yang baik. Hasil penyelidikan menunjukkan kepada kita bahawa sebahagian besar dari pemenang-pemenang loteri berada dalam keadaan kewangan yang jauh lebih parah beberapa tahun selepas memenangi jakpot berbanding tahun-tahun sebelumnya. Tidak ramai, kalau ada pun, yang sungguh-sungguh memberikan wang kepada tujuan yang baik. Lagipun, Tuhan tidak memerlukan wang kita untuk mendanai misi-Nya dalam dunia ini. Amsal 13: 11 berkata, ?Harta yang cepat diperoleh akan berkurang, tetapi siapa mengumpulkan sedikit demi sedikit, menjadi kaya?. Tuhan berdaulat, Dia akan menyediakan keperluan gereja melalui saluran-saluran yang jujur. Adakah Tuhan akan dihormati bila menerima persembahan wang hasil dadah atau wang yang telah dirompak daripada bank? Tuhan juga tidak mahu menerima wang yang telah ?dicuri? daripada golongan miskin oleh pencobaan kekayaan.

Kita diberitahu dalam 1 Timotius 6: 10, ?Karena akar segala kejahatan ialah cinta wang. Sebab oleh memburu wanglah beberapa orang telah menyimpang dari iman dan menyiksa dirinya dengan berbagai-bagai duka.? Ibrani 13: 5 menyatakan, ?Janganlah kamu menjadi hamba wang dan cukupkanlah dirimu dengan apa yang ada padamu. Karena Allah telah berfirman: "Aku sekali-kali tidak akan membiarkan engkau dan Aku sekali-kali tidak akan meninggalkan engkau." Matius 6:24 mengisytiharkan, ?Tak seorang pun dapat mengabdi kepada dua tuan. Karena jika demikian, ia akan membenci yang seorang dan mengasihi yang lain, atau ia akan setia kepada yang seorang dan tidak mengindahkan yang lain. Kamu tidak dapat mengabdi kepada Allah dan kepada Mamon."

Soalan: Apakah yang diajarkan Alkitab tentang Tritunggal?

Jawapan: Perkara yang paling sulit tentang konsep Tritunggal orang Kristian adalah tidak ada jalan yang cukup bagus untuk menjelaskannya. Konsep tritunggal mustahil difahami oleh manusia manapun, apalagi hendak menjelaskannya. Tuhan itu jelas jauh lebih besar daripada kita oleh yang demikian kita tidak boleh berharap untuk dapat memahami Dia dengan sepenuhnya. Alkitab mengajar bahawa Bapa itu Tuhan, Yesus itu Tuhan dan Roh Kudus itu Tuhan. Alkitab juga mengajar bahawa hanya ada satu Tuhan. Walaupun kita dapat memahami beberapa fakta tentang perhubungan di antara peribadi yang berbeza pada Tritunggal, akhirnya ia tidak dapat difahami fikiran manusia dengan sepenuhnya.

Dalam menyelidiki tajuk pembelajaran ini kita perlu ingat bahawa istilah ?Tritunggal? itu tidak ada digunakan dalam Alkitab. Istilah ini digunakan dalam usaha menjelaskan Tuhan yang bersifat tiga dalam satu iaitu kenyataan tentang terdapatnya 3 Peribadi bersifat sama-wujud, sama-kekal yang adalah Tuhan. Perlu dimengerti bahawa konsep ini sama sekali bukan mengatakan wujudnya 3 Tuhan. Tritunggal adalah satu Tuhan yang terdiri daripada 3 Peribadi. Tidak ada salahnya menggunakan istilah ?Tritunggal? walaupun istilah ini tidak terdapat dalam Alkitab. Lebih singkat menggunakan istilah ?Tritunggal? berbanding ?3 wujud-bersama, kekal bersama yang adalah satu Tuhan?. Sekiranya penggunaan istilah tritunggal ini menjadi masalah kepada anda, maka pertimbangan seperkara ini: perkataan ?datuk? juga tidak digunakan dalam Alkitab. Tapi kita tahu bahawa terdapat ramai datuk dalam Alkitab. Abraham merupakan datuk kepada Yakub. Jadi jangan merasa janggal terhadap istilah ?tritunggal? itu sendiri. Apa yang sangat mustahak adalah konsep yang disampaikan oleh istilah ?tritunggal? memang terdapat dalam Alkitab. Setelah selesai dengan pengenalan, berikut merupakan ayat-ayat Firman yang selalu diberikan dalam perbincangan berhubung Tritunggal.

1) Ada satu Tuhan: Ulangan 6:4, 1 Korintus 8: 4; Galatia 3:20, 1 Timotius 2: 5

2) Tritunggal itu terdiri dari Tiga Peribadi: Kejadian 1:1; 1:26; 3:22; 11:7; Yesaya 6:8; 48:16; 61:1; Matius 3:16-17; Matius 28:19; 2 Korintus 13:14. Dalam Perjanjian Lama,pengetahuan kitab Ibrani sangat membantu. Dalam Kejadian 1:1, sebutan jamak ?Elohim? digunakan. Tidak dapat dipertikai kata ?Elohim? dan ?kita? sebagai merujuk kepada lebih daripada dua. Dalam bahasa, terdapat hanya dua bentuk sebutan untuk bilangan iaitu tunggal atau jamak. Dalam bahasa Ibrani terdapat tiga bentuk sebutan: tunggal, berganda dan jamak. Berganda hanya untuk dua. Dalam bahasa Ibrani bentuk berganda digunakan untuk sesuatu yang berpasangan seperti pada mata,telinga dan tangan. Istilah ?Elohim? dan ?kita? adalah bentuk jamak ? lebih daripada dua ? dan pasti merujuk kepada lebih daripada tiga (Bapa, Anak Roh Kudus).

Dalam Yesaya 48:16 dan 61:1, Anak sedang bercakap sambil merujuk kepada Bapa dan Roh Kudus. Bandingkan Yesaya 61:1 dengan Lukas 4:14-19 bagi melihat bahawa Anak sedang berkata-kata. Matius 3:16-17 menceritakan peristiwa pembaptisan Yesus. Apa yang dapat dilihat di sini adalah Roh Kudus turun kepada Anak sementara Bapa mengisytiharkan rasa senang-Nya terhadap Anak. Matius 28:19 dan 2 Korintus 13:14 adalah contoh-contoh untuk 3 peribadi yang berbeza dalam Tritunngal.

3) Anggota Tritunggal dibezakan di antara satu dengan yang lain dalam beberapa petikan: Dalam Perjanjian Lama , ?TUHAN? dibezakan daripada ?Tuhan? (Kejadian 19:24; Hosea 1:4). ?TUHAN? mempunyai seorang ?Anak? (Mazmur 2: 7,12; Amsal 30:2-4). Roh dibezakan daripada ?TUHAN? (Bilangan 27:18) dan daripada ?Allah? (Mazmur 51:12). Anak berbeza dengan Bapa (Mazmur 45:6-7; Ibrani 1:8-9). Dalam Perjanjian Baru iaitu dalam Yohanes 14:16-17, Yesus bercakap tentang Bapa mengirim Roh Kudus sebagai Penolong. Ini menunjukkan bahawa Yesus tidak menganggap diri-Nya sebagai Bapa atau Roh Kudus. Pertimbangkan juga tentang Yesus yang bercakap-cakap kepada Bapa dalam keempat kitab Injil. Adakah Dia berkata-kata kepada diri-Nya sendiri? Tidak. Dia berkata-kata kepada satu Peribadi yang merupakan salah satu Peribadi dalam Allah Tritunggal iaitu kepada ?Bapa?.

4) Setiap anggota Tritunggal adalah Tuhan. Bapa adalah Tuhan: Yohanes 6;27; Roma 1: 7; 1 Petrus 1: 2. Anak adalah Tuhan: Yohanes 1:1, 14; Roma 9:5; Ibrani 1: 8; 1 Yohanes 5: 20. Roh Kudus adalah Tuhan: Kisah 5: 3-4; 1 Korintus 3: 16 (Yang tinggal di dalam kita adalah Roh Kudus ? Roma 8: 9; Yohanes 14: 16-17; Kisah Rara Rasul 2: 1-4)

5) Kedudukan pangkat dalam Tritunggal: Firman Tuhan menunjuk bahawa Roh Kudus lebih rendah kedudukan kepada Bapa dan Anak, sementara Anak lebih rendah kedudukan kepada Bapa. Inilah bahagian yang paling sukar dimengerti oleh fikiran manusia yang terbatas berkenaan Tuhan kita yang tidak terbatas. Tentang Anak lihat: Lukas 22:42; Yohanes 5:36; Yohanes 20:21; 1 Yohanes 4:14. Berhubung Roh Kudus: Lihat Yohanes 14:16, 26; 16: 7 terutama sekali Yohanes 16: 13-14.

6) Tugas-tugas setiap peribadi dalam Tritunggal: Bapa adalah punca utama atau penyebab kepada: 1) alam semesta ( 1 Korintus 8: 6; Wahyu 4:11); 2) wahyu ilahi (Wahyu 1: 1); 3) keselamatan (Yohanes 3:16-17) dan 4) apa yang dikerjakan Yesus sebagai manusia (Yohanes 5:17; 14:10). Kesemua perkara ini berlaku di atas inisiatif Bapa.

Anak adalah saluran yang melalui-Nya Bapa melakukan pekerjaan-pekerjaan yang berikut: 1) penciptaan dan penyenggeraan alam semesta (1 Korintus 8:6; Yohanes 1: 3; Kolose 1: 16-17), 2) wahyu ilahi (Yohanes 1:1; Matius 11:27; Yohanes 16:12-15; Wahyu 1:1); dan 3) keselamatan (2 Korintus 5:19; Matius 1:21; Yohanes 4:42). Bapa melakukan semua ini melalui Anak yang berperanan sebagai ajen-Nya.

Roh Kudus merupakan saluran yang melalui-Nya Bapa melakukan pekerjaan-pekerjan yang berikut: 1) penciptaan dan penyenggeraan alam semesta (Kejadian 1:2; Ayub 26;13; Mazmur 104:30); 2) wahyu ilahi (Yohanes 16: 12-15); Efesus 3: 5; 2 Petrus 1: 21); dan 4) pekerjaan-pekerjaan Yesus (Yesaya 61:1; Kisah Para Rasul 10:38). Demikianlah Bapa melakukan kesemua perkara ini dengan kuasa Roh Kudus.

Tidak ada satupun daripada contoh-contoh terkenal yang dapat memberikan penjelasan sepenuhnya tentang Tritunggal. Contoh telur (atau epal), adalah contoh yang gagal sebab cengkerang, putih-telur dan kuning-telur setiap satunya adalah bahagian kepada telur tetapi setiap satunya bukanlah telur itu sendiri. Bapa, Anak dan Roh Kudus bukan bahagian-bahagian daripada Tuhan, melainkan setiap satunya adalah Tuhan. Contoh air merupakan contoh yang lebih baik namun ianya satu contoh yang gagal juga. Cecair,wap dan pepejal kesemuanya adalah bentuk-bentuk air. Bapa, Anak dan Roh Kudus bukannya bentuk-bentuk Tuhan, melainkan setiap satunya adalah Tuhan. Jadi, sementara contoh-contoh ini dapat memberikan sedikit gambaran perihal Tritunggal, gambaran yang diberikan tidaklah tepat pada keseluruhannya. Tuhan yang baka tidak dapat djelaskan dengan menggunakan contoh-contoh yang fana. Daripada memfokus kepada Tritunggal, adalah lebih baik memfokus kepada sifat dan kebesaran Tuhan yang sangat tidak terbatas berbanding dengan kita. ?O, alangkah dalamnya kekayaan, hikmat dan pengetahuan Allah! Sungguh tak terselidiki keputusan-keputusan-Nya dan sungguh tak terselami jalan-jalan-Nya! Sebab, siapakah yang mengetahui pikiran Tuhan? Atau siapakah yang pernah menjadi penasihat-Nya?? (Roma 11:33-34)

Soalan: Bolehkah wanita bertugas sebagai paderi/penceramah? ? Apakah yang Kitab Injil katakan mengenai tugas wanita dalam pelayanan?

Jawapan: Mungkin tiada isu yang akan menimbulkan lebih pertengkaran daripada isu wanita menjadi pastor/penceramah dalam pelayanan. Oleh itu, adalah penting kita jangan memandang masalah ini dari sudut lelaki terhadap perempuan. Terdapat perempuan yang berfikir bahawa wanita tidak patut terlibat dalam pelayanan, tetapi terdapat juga lelaki yang berpendapat bahawa perempuan boleh mengambil bahagian dalam pelayanan. Hal ini bukan masalah cauvinisme atau diskriminasi, tetapi masalah manusia menginterpretasi Kitab Injil.

1 Timotius 2:11-12 mengumumkan, ?Wanita harus belajar dengan berdiam diri dan dengan rendah hati. Aku tidak membenarkan wanita mengajar ataupun memerintah lelaki, wanita mesti berdiam diri.? Dalam gereja, Tuhan melantik perempuan dan lelaki untuk melakukan kerja yang tidak sama. Hal ini adalah disebabkan cara manusia dicipta (1 Timotius 2:13) dan bagaimana dosa memasuki dunia ini (2 Timotius 2:14). Tuhan berkata dalam penulisan Paulus, menghalang perempuan mengajar agama lebih daripada lelaki. Hal ini mencegah perempuan daripada mengambil tugas pastor dan mempunyai kuasa yang melebihi lelaki dari segi mengajar agama.

Tetapi terdapat pendapat yang tidak bersetuju dengan had ini. Mereka menyatakan bahawa Paulus menghalang perempuan daripada berceramah kerana pada abad pertama perempuan masih kurang berpelajaran dan kurang berpengetahuan. Walau bagaimanapun, 1 Timotius 2:11-14 tidak berkata tentang tahap pendidikan. Jika tahap pendidikan ialah satu syarat pelayanan, maka kebanyakan pengikut Yesus tidak layak juga. Satu lagi bantahan ialah Paulus hanya menghalang perempuan di Efesus daripada berceramah (1 Timotius ditulis kepada Timotius yang merupakan pastor di Efesus). Efesus adalah terkenal dengan kuil Artemis, tuhan Greek dan Roman. Perempuan ialah pihak berkuasa dalam penyembahan Artemis. Tetapi dalam buku 1 Timotius tidak berkata tentang Artemis, Paulus juga tidak menjelaskan bahawa halangannya berkaitan dengan Artemis di dalam 1 Timotius 2:11-12.

Bantahan ketiga menyatakan bahawa Paulus hanya merujuk kepada suami-isteri dan bukannya lelaki dan perempuan secara umum. Firman di 1 Timotius 2:11-14 hanya merujuk kepada suami-isteri. Tetapi makna firman asalnya ialah lelaki dan perempuan. Lagipun, perkataan Greek yang sama digunakan di ayat 8-10. Adakah hanya suami yang boleh mengangkat tangan semasa sembahyang tanpa menimbulkan kemarahan dan pertikaian (ayat 8)? Adakah hanya isteri yang patut berpakaian sederhana, berkelakuan baik dan menghormati Tuhan (ayat 9-10)? Pasti tidak! Ayat 8-10 pasti merujuk kepada semua lelaki dan perempuan dan bukannya hanya suami-isteri. Ayat 11-14 tidak mempunyai konteks yang menunjukkan bahawa hanya merujuk kepada suami dan isteri.

Banyak bantahan terhadap halangan pastor wanita adalah merujuk kepada Miriam, Deborah, Huldah, Priscilla, Phoebe, dan sebagainya ? perempuan yang memainkan peranan memimpin di dalam Kitab Injil. Bantahan ini gagal meneliti beberapa faktor, Deborah ialah satu-satunya hakim perempuan di antara 13 hakim. Huldaj adalah satu-satunya nabi perempuan di dalam Kitab Injil. Miriam ialah kakak Musa dan Harun. Dua perempuan terkenal dalam masa Raja ialah Athaliah dan Jezebel ? tetapi mereka bukan pemimpin wanita yang mengikut Tuhan.

Dalam buku Kisah Rasul-Rasul, bab 18, Priscilla dan Aquila ialah menteri yang taat setia kepada Kristus. Nama Priscilla disebut terlebih dahulu, kemungkinan besar dia lebih menonjol daripada suaminya. Tetapi Priscilla tidak dikatakan terlibat dalam pelayanan dan bercanggah dengan ajaran di 1 Timotius 2:11-14. Priscilla dan Aquila membawa Apollos ke dalam rumah mereka dan menjelaskan Firman Tuhan kepadanya dengan lebih jelas (Kisah Rasul-Rasul 18:26).

Dalam Roma 16:1, walaupun Phoebe dianggap sebagai ?pemimpin jemaah perempuan? dan bukannya pembantu ? ini tidak menunjukkan Phoebe mengajar di dalam gereja. Kemampuan mengajar ialah kelayakan orang tua, bukannya untuk pemimpin jemaah (1 Timotius 3:1-13; Titus 1:6-9). Orang tua/biskop/pemimpin jemaah ialah ?suami untuk seorang isteri?, ?lelaki yang dihormati oleh anaknya?, ?lelaki yang dihormati?. Tambahan lagi, di dalam 1 Timotius 3:1-13 and Titus 1:6-9, sifat nama lelaki adalah digunakan untuk orang tua/biskop/pemimpin jemaah sahaja.

Struktur 1 Timotius 2:11-14 memberi ?alasan? yang jelas. Ayat 13 bermula dengan ?kerana? dan memberi ?sebab? kepada segala yang ditulis oleh Paulus dalam ayat 11-12. Mengapa perempuan tidak boleh berceramah dan menguasai lelaki? Kerana ? ?Adam dicipta terlebih dahulu, dan selepas itu Hawa. Bukan Adam yang ditipu oleh ular, tetapi perempuan yang ditipu dahulu.? Inilah alasannya. Tuhan mencipta Adam dahulu dan kemudian Hawa untuk membantu Adam. Susunan penciptaan mempengaruhi struktur keluarga (Efesus 5:22-33) dan gereja. Hawa ditipu dahulu dan hal ini menjadi sebab perempuan tidak boleh menjadi pastor dan menguasai lelaki. Hal ini menyebabkan orang percaya bahawa perempuan tidak boleh mengajar kerana mereka lebih mudah ditipu. Konsep ini boleh dibangkang...jika perempuan lebih mudah ditipu, mengapa mereka dibenarkan mengajar anak sendiri dan perempuan lain (yang lebih mudah ditipu)? Ini bukan apa yang dikatakan oleh teks Kitab Injil. Oleh sebab perempuan yang ditipu terlebih dahulu oleh ular, maka Tuhan memberi kuasa pengajaran kepada lelaki di dalam gereja.

Perempuan adalah lebih pandai dalam melayan tetamu, baik hati, membimbing dan menolong. Banyak kerja pelayanan bergantung kepada perempuan. Perempuan tidak dihalang berceramah dan meramal (1 Korintus 11:5), bukannya tidak boleh mengajar lelaki. Kitab Injil tidak mengatakan perempuan tidak boleh menjalankan kuasa Roh Kudus (1 Korintus bab 12). Perempuan seperti lelaki, dipanggil melakukan pelayanan kepada orang lain (Galatia 5:22-23), menerangkan Berita Baik kepada mereka yang tidak mengenali Tuhan Yesus (Matius 28:18-20; Kisah Rasul-Rasul 1:8; 1 Petrus 3:15).

Tuhan mentahbiskan hanya lelaki boleh mengajar rohaniah di dalam gereja. Ini bukannya kerana lelaki adalah guru yang lebih baik, atau perempuan lebih bodoh daripada lelaki. Ini adalah mengikut cara Tuhan menyusun cara operasi gereja. Lelaki patut menunjukkan pimpinan dalam rohaniah ? dalam kehidupan dan percakapan mereka. Perempuan mengambil jawatan yang kurang berkuasa. Perempuan digalak mengajar perempuan lain (Titus 2:3-5). Kitab juga tidak menghalang perempuan mengajar anak sendiri. Perempuan hanya dihalang mengajar rohaniah kepada lelaki dan menguasai lelaki. Ini secara logik memutuskan perempuan tidak boleh menjadi paderi/penceramah. Ini tidak mengurangkan kepentingan perempuan, tetapi memberi mereka peranan lain yang lebih sepadan dengan hadiah yang diberi oleh Tuhan kepada mereka.

Soalan: Apakah karunia bercakap dalam bahasa roh? Adakah karunia berbahasa roh untuk hari ini? Bagaimana pula dengan berdoa dalam roh?

Jawapan: Kejadian pertama berkata-kata dalam bahasa roh berlaku pada hari Pentakosta dalam Kisah Para Rasul 2:1-4. Para murid berjalan keluar dan mengongsikan Injil dengan orang ramai, bercakap kepada mereka dalam bahasa mereka sendiri, ?kita mendengar mereka berkata-kata dalam bahasa kita sendiri tentang perbuatan-perbuatan besar yang dilakukan Allah?. Perkataan Yunani untuk ?bahasa? bila diterjemahkan bererti ?bahasa pertuturan?. Oleh yang demikian, karunia berkata-kata dalam bahasa roh adalah bercakap dalam bahasa yang si pembicara tidak tahu bertujuan untuk melayani seseorang yang bercakap dalam bahasa itu. Dalam 1 Korintus bab 12-14, di mana Paulus membincangkan tentang karunia-karunia mukjizat, dia berkata, ?Jadi, saudara-saudara, jika aku datang kepadamu dan berkata-kata dengan bahasa roh, apakah gunanya itu bagimu, jika aku tidak menyampaikan kepadamu penyataan Allah atau pengetahuan atau nubuat atau pengajaran?( 1 Korintus 14: 6). Menurut Rasul Paulus dan ini sejalan dengan karunia berbahasa lidah yang disebut dalam Kisah Para Rasul, bercakap dalam bahasa roh berharga pada pendengaran orang yang bercakap dalam bahasa itu, tetapi tidak berguna untuk orang lain ? kecuali ianya ditafsirkan.

Seseorang dengan karunia untuk mentafsirkan bahasa roh (1 Korintus 12: 30) dapat memahami apa yang sedang diperkatakan oleh orang yang berbahasa roh walaupun dia tidak tahu bahasa apa yang sedang diperkatakan. Penafsir bahasa Roh kemudian akan mengkomunikasikan mesej yang disampaikan kepada orang yang berbahasa roh kepada orang lain agar semua dapat memahaminya. ?Karena itu siapa yang berkata-kata dengan bahasa roh, ia harus berdoa, supaya kepadanya diberikan juga karunia untuk menafsirkannya?. (1 Korintus 14;13). Kesimpulan Paulus berhubung dengan bahasa roh yang tidak diterjemahkan adalah tegas, ?Tetapi dalam pertemuan jemaat aku lebih suka mengucapkan lima kata yang dapat dimengerti untuk mengajar orang lain juga, daripada beribu-ribu kata dengan bahasa roh? (1 Korintus 14:19)

Adakah karunia untuk berkata-kata dalam berbahasa roh untuk hari ini? 1 Korintus bercakap tentang bahasa roh akan berhenti walau berhentinya bahasa roh dikaitkan dengan ketibaan sesuatu yang ?sempurna? dalam 1 Korintus 13: 10. Beberapa orang menunjuk kepada kata-kata ?nubuat akan berakhir? dan ?pengetahuan akan lenyap? sebagai bukti bahasa roh telah berhenti sebelum ketibaan ?yang sempurna?. Ini mungkin saja, tetapi tidak begitu jelas menurut teks. Beberapa orang pula menunjuk petikan dalam Yesaya 28:11 dan Yoel 2: 28-29 dan mengatakan berbahasa roh merupakan petanda penghukuman yang akan datang daripada Tuhan.1 Korintus 14: 22 mengatakan bahasa roh sebagai tanda kepada ?orang-orang tidak percaya?. Menurut pertimbangan ini, karunia berbahasa roh merupakan amaran Tuhan ke atas bangsa Yahudi kerana telah menolak Yesus Kristus sebagai Messias. Oleh kerana itu, apabila Tuhan mengadili Israel (dengan keruntuhan kota Yerusalem oleh tentera Rum dalam tahun 70M), karunia berbahasa roh tidak lagi berperan seperti yang telah ditentukan untuknya. Sementara pandangan ini juga satu kemungkinan, tujuan utama bahasa roh yang telah digenapi tidak semestinya menuntut agar ianya berhenti. Firman Tuhan tidak menegaskan bahawa karunia berbahasa roh telah berhenti.

Pada masa yang sama, sekiranya karunia berbahasa roh masih aktif dalam gereja masa sekarang, ia akan berjalan bersesuaian dengan Firman Tuhan. Ia adalah suatu bahasa yang jelas dan mudah difahami (1 Korintus 14: 10). Ia bertujuan untuk mengkomunikasikan Firman Tuhan dengan seseorang yang berasal dari bahasa yang lain (Kisah 2: 6-12). Ia akan selari dengan perintah yang Tuhan telah berikan melalui Rasul Paulus, ?Jika ada yang berkata-kata dengan bahasa roh, biarlah dua atau sebanyak-banyaknya tiga orang, seorang demi seorang, dan harus ada seorang lain untuk menafsirkannya. Jika tidak ada orang yang dapat menafsirkannya, hendaklah mereka berdiam diri dalam pertemuan jemaat dan hanya boleh berkata-kata kepada dirinya sendiri dan kepada Allah? (1 Korintus 14: 27-28). Ia juga perlu tunduk kepada apa yang tertulis dalam 1 Korintus 14:33, ?Sebab Allah tidak menghendaki kekacauan, tetapi damai sejahtera?.

Tanpa diragukan lagi Tuhan dapat memberikan kepada seseorang karunia berbahasa roh untuk membolehkan dia berkomunikasi dengan seseorang yang bercakap dalam bahasa yang lain. Roh Kudus berdaulat dalam penyebaran karunia-karunia roh (1 Korintus 12:11). Bayangkan betapa lebih berhasil para mubaligh sekiranya mereka tidak perlu ke kelas belajar bahasa dan tiba-tiba dapat bercakap kepada orang-orang di dalam bahasa mereka sendiri. Bagaimanapun, Tuhan kelihatannya tidak melakukan seperti itu. Bahasa roh tidak berlaku seperti yang pernah berlaku dalam Perjanjian Baru walaupun kenyataannya ia akan sangat berguna. Sebahagian besar orang-orang percaya yang bercakap dalam bahasa roh tidak melakukakannya berpandukan Firman Tuhan yang tersebut di atas. Fakta-fakta ini membawa kepada kesimpulan bahawa karunia berbahasa roh sudah berhenti, ataupun ianya sesuatu yang sangat jarang berlaku dalam rencana Tuhan bagi gereja pada hari ini.

Mereka yang percaya dalam karunia berbahasa roh sebagai ?bahasa doa? untuk membangun diri peribadi mendapat pandangan mereka dari 1 Korintus 14:4 dan 14:28, ?Siapa yang berkata-kata dengan bahasa roh, ia membangun dirinya sendiri, tetapi siapa yang bernubuat, ia membangun Jemaat?. Di sepanjang bab 14, Paulus menegaskan kepentingan bahasa roh supaya ditafsirkan, lihat 14:5-12. Apa yang Paulus katakan dalam ayat 4 adalah tegas ?Sekiranya anda berkata-kata dalam bahasa roh tanpa penterjemahan, anda tidak melakukan apa-apa melainkan membangunkan diri sendiri, membuat anda kelihatan lebih rohani daripada orang lain. Sekiranya anda berbahasa roh dan ianya ditafsirkan,anda membangun semua orang?. Tidak ada terdapat arahan khusus dalam Perjanjian Baru untuk ?berdoa dalam bahasa roh?. Tidak terdapat tujuan dalam Perjanjian Baru kepada ?berdoa dalam bahasa roh?, atau secara khusus menggambarkan seseorang yang ?berdoa dalam bahasa roh?. Tambahan lagi, sekiranya ?berdoa dalam bahasa roh? itu untuk membangun diri sendiri, bukankah itu tidak adil bagi mereka yang tidak mempunyai karunia berbahasa roh dan kerana itu tidak dapat membangun diri mereka sendiri? 1 Korintus 12:29-30 dengan jelas memberi petunjuk bahawa bukan semua orang mempunyai karunia untuk berbahasa roh.

Soalan: Apakah yang dikatakan oleh Alkitab tentang seks sebelum nikah/seks pranikah?

Jawapan: Bersama dengan semua jenis seksual yang tidak bermoral, seks sebelum nikah/seks pranikah berulangkali dikecam dalam Firman Tuhan (Kisah Para Rasul 15:20;Roma 1:29; 1 Korintus 5:1;6:13,18;7:2;10:8; 2 Corinthians 12;21; Galatia 5:19; Efesus 5:3;Kolose 3:5; 1 Tesalonika 4:3; Yudas 7). Alkitab mempromosi pengekangan diri sebelum nikah. Seks sebelum nikah sama salahnya dengan perzinahan dan semua bentuk dosa seksual lainnya, sebab ianya melibatkan hubungan seks dengan seseorang yang bukan dinikahkan dengan anda. Seks di antara suami dan isteri adalah satu-satunya hubungan seks yang diterima oleh Tuhan(Ibrani 13:4).

Seks sebelum nikah telah menjadi satu kebiasaan disebabkan oleh banyak sebab. Terlalu sering kita memfokus kepada aspek ?rekreasi? seks tanpa mengenal aspek ?kejadian-semula?. Benar,seks itu sangat nikmat. Tuhan yang telah menentukannya sedemikian rupa. Dia mahu supaya lelaki dan wanita menikmati kegiatan seks (dalam sempadan pernikahan). Bagaimanapun, tujuan utama kepada seks adalah pembiakan dan bukan kenikmatan. Tuhan mengharamkan seks sebelum nikah bukan untuk merampas nikmat kita melainkan untuk menjaga kita daripada kehamilan yang tidak diingini dan anak-anak yang lahir kepada ibubapa yang tidak memerlukan mereka atau yang belum bersedia. Bayangkan betapa indahnya dunia kita ini sekiranya pola Tuhan untuk seks diikuti:

Kurang penyakit berjangkit melalui seks, kurang ibu yang tidak berkahwin,kurang kehamilan yang tidak diingini, dsb. Polisi Tuhan bila bercakap tentang seks sebelum bernikah hanyalah pengekangan diri. Pengekangan diri menyelamatkan nyawa, melindungi bayi-bayi, memberi nilai sebenar kepada hubungan seks, dan yang paling penting ia menghormati Tuhan.

Soalan: Di manakah Yesus selama tiga hari di antara kematian dan kebangkitan-Nya?

Jawapan: 1 Petrus 3: 18-19 menyatakan, ?Sebab juga Kristus telah mati sekali untuk segala dosa kita, Ia yang benar untuk orang-orang yang tidak benar, supaya Ia membawa kita kepada Allah; Ia, yang telah dibunuh dalam keadaan-Nya sebagai manusia, tetapi yang telah dibangkitkan menurut Roh,dan di dalam Roh itu juga Ia pergi memberitakan Injil kepada roh-roh yang di dalam penjara.?

Ungkapan ?di dalam Roh? dalam ayat 18 mempunyai pembentukan yang samadengan ungkapan ?manusia?. Jadi cara yang terbaik adalah mengkaitkan perkataan ?roh? kepada lingkungan yang sama dengan perkataan ?manusia?. Istilah manusia dan roh dalam ayat 18 merujuk kepada tubuh dan roh Kristus. Kata-kata ?dibangkitkan menurut Roh? menunjuk kepada fakta penanggungan dosa Kristus telah mengakibatkan perpisahan di antara daging dan roh seperti yang terdapat dalam Matius 27:46 dan Roma 1:3-4, dan bukan di antara tubuh Kristus dengan Roh Kudus. Apabila penebusan Kristus terhadap dosa selesai, roh-Nya kembali kepada persekutuan yang tadinya telah terhenti.

1 Petrus 3: 18-22 menggambarkan hubungan yang perlu di antara penderitaan Kristus (ayat 18) dan pemuliaan-Nya (ayat 22). Hanya Petrus memberi maklumat terperinci tentang apa yang berlaku di antara dua peristiwa ini. Erti sebutan ?memberitakan Injil? dalam ayat 19 tidak sama dengan pengertian pemberitaan Injil yang biasa digunakan dalam Perjanjian Baru. Maksud kata-kata ini adalah untuk menyampaikan satu perkhabaran. Yesus telah menderita dan mati di kayu salib, tubuh dan roh-Nya mati bila Dia dijadikan dosa. Tetapi Roh-Nya telah dihidupkan dan Dia menyerahkannya kepada Bapa. Menurut Petrus, di suatu titik waktu di antara kematian dan kebangkitan-Nya Yesus telah membuat pengisytiharan istimewa berhubung kemenangan-Nya kepada ?roh-roh yang di dalam penjara.?

Petrus merujuk kepada manusia sebagai ?jiwa-jiwa? dan bukannya ?roh-roh? (3:20). Dalam Perjanjian Baru, perkataan ?roh-roh? digunakan untuk bercakap tentang malaikat-malaikat atau ?setan-setan?, dan bukannya tentang manusia; dan ayat 22 seperti membawa pengertian ini. Dalam Alkitab juga tidak terdapat bahagian yang mengatakan Yesus telah pergi melawat ke neraka. Kisah 2: 31 berkata Dia telah pergi ke dunia orang mati (hades), tetapi tempat ini bukan neraka. Dunia orang mati (hades) merujuk kepada tempat sementara di mana orang-orang yang telah mati diletakkan sementara menantikan hari kebangkitan. Wahyu 20:11-15 memberi perbezaan yang jelas di antara keduanya. Neraka merupakan tempat penghukuman kekal bagi orang-orang yang terhilang. Dunia orang mati (hades) adalah tempat sementara.

Tuhan kita telah menyerahkan Roh-Nya kepada Bapa, mati, dan suatu ketika di antara waktu kematian dan kebangkitan-Nya, telah melawat ke dunia orang mati di mana Dia telah menyampaikan satu perkhabaran kepada mahluk-mahluk roh (barangkali roh-roh jahat; lihat Yudas 6) yang mana ada kaitan dengan zaman sebelum air bah di zaman Nuh. Ayat 20 mengatakannya dengan jelas. Petrus tidak memberitahu kita apa yang telah diberitakan-Nya kepada roh-roh yang berada dalam penjara ini tetapi ia bukan pengkhabaran tentang keselamatan memandangkan malaikat-malaikat tidak dapat diselamatkan (Ibrani 2:16). Ia mungkin suatu pengisytiharan kemenangan ke atas Iblis dan konco-konconya (1 Petrus 3;22, Kolose 2;15). Efesus 4: 8-10 juga menunjukkan yang Kristus telah pergi ke ?Firdaus? (Lukas 16:20; 23:43) dan membawa semua orang - iaitu orang-orang yang telah percaya kepada-Nya sebelum kematian-Nya di kayu salib - ke syurga. Petikan ini tidak memberi banyak maklumat tentang apa yang telah berlaku, tetapi kebanyakan cendikiawan Alkitab bersetuju bahawa inilah yang dimaksudkan bila dikatakan ?Ia membawa tawanan-tawanan?.

Semua ini mengatakan, Alkitab tidak begitu jelas dengan apa yang telah Yesus lakukan selama tiga hari di antara kematian dan kebangkitan-Nya. Namun Ia ditunjukkan sebagai telah pergi memberitakan kemenangan ke atas malaikat-malaikat yang telah jatuh dan orang-orang yang tidak percaya. Apa yang kita boleh pastikan adalah Yesus tidak memberikan kepada manusia peluang kedua untuk mendapatkan keselamatan. Alkitab memberitahu, kita akan berhadapan dengan penghakiman selepas kematian (Ibrani 9:27), bukan peluang yang kedua. Sebenarnya tiada jawaban yang jelas untuk menjawab apa yang Yesus telah lakukan pada masa di antara kematian dan kebangkitan-Nya. Mungkin ini salah satu misteri yang akan difahami sebaik saja kita mencapai kemuliaan.

Soalan: Apakah yang dikatakan oleh Kitab Injil mengenai perbuatan minum arak/wain? Adakah seorang Kristian berdosa jika dia minum arak/wain?

Jawapan: Beberapa ayat suci menggalakkan manusia supaya jangan minum arak (Imamat 10:9; Bilangan 6:3; Ulangan 14:26; 29:6; Hakim-hakim 13:4,7,14; 1 Samuel 1:15; Amsal 20:1; 31:4,6; Yesaya 5:11,22; 24:9; 28:7; 29:9; 56:12; Mikha 2:11; Lukas 1:15). Walau bagaimanapun, Kitab Injil tidak sepenuhnya menghalang Kristian daripada minum bir, wain atau sebarang minuman yang mengandungi alkohol. Kristian diarah supaya jangan menjadi mabuk (Efesus 5:18). Kitab Injil menyalahkan perbuatan mabuk dan kesan buruknya (Amsal 23:29-35). Kristian juga diarahkan supaya tidak membenarkan badan mereka dikawal oleh sesuatu yang bukan daripada Tuhan (1 Korintus 6:12; 2 Petrus 2:19). Kitab juga menghalang seorang Kristian melakukan sesuatu yang boleh menyinggung perasaan Kristian yang lain atau menyebabkan mereka berdosa (1 Korintus 8:9-13). Mengikut prinsip-prinsip ini, maka adalah susah untuk menyatakan bahawa Kristian minum arak untuk memuliakan nama Tuhan (1 Korintus 10:31).

Yesus menukar air kepada wain. Nampaknya Yesus juga minum wain semasa kenduri (Yohanes 2:1-11, Matius 26:29). Dalam Perjanjian Baru, air tidak bersih. Tanpa kaedah sanitasi moden, air dicemari oleh bakteria, virus dan bahan-bahan lain. Keadaannya sama seperti yang berlaku di dunia ketiga sekarang. Oleh itu, ramai orang minum lebih banyak wain daripada air pada zaman Yesus memandangkan wain adalah lebih bersih dan sihat. Dalam 1 Timotius 5:23, Paulus menyuruh Timotius supaya jangan minum air sahaja (yang menyebabkan sakit perut) dan minum sedikit wain. Pada masa itu, wain diawet, tetapi tahapnya tidak seperti sekarang. Wain bukannya jus anggur tetapi juga tidak serupa dengan wain hari ini. Sekali lagi, Kitab juga tidak menghalang Kristian daripada minum bir, wain atau sebarang minuman yang mengadungi alkohol. Perbuatan minum alkohol itu bukan dosa. Apa yang salah ialah perbuatan mabuk dan ketagih arak yang patut dielakkan oleh Kristian (Efesus 5:18, 1 Korintus 6:12). Mengikut prinsip dalam Kitab Injil, adalah susah untuk berdebat dan mengatakan bahawa Kristian yang minum arak boleh menggembirakan Tuhan.

Soalan: Apakah yang dikatakan oleh Kitab Injil mengenai tatu/mencacah badan?

Jawapan: Hukum Perjanjian Lama mengarah orang Israel, ?Jangan rajah kulit kamu, atau lukai tubuh kamu sebagai tanda berkabung bagi orang mati; Akulah TUHAN.? (Imamat 19:28). Oleh itu, walaupun penganut zaman ini tidak berada di bawah hukum-hukum Perjanjian Lama (Roma 10:4; Galatia 3:23-25; Efesus 2:15), hakikatnya adalah terdapat satu arahan yang mengharamkan tatu, maka masalah ini perlu diberi perhatian. Perjanjian Baru memang tidak mengatakan sama ada kita boleh atau tidak boleh membuat tatu.

Berhubungan dengan tatu dan pencacahan badan, kita perlu menilainya dengan jujur dan ikhlas, adakah perbuatan ini membawa kemuliaan kepada Tuhan? ?Jika engkau melakukan sesuatu yang lain, lakukanlah semuanya itu untuk kemuliaan Tuhan.? (I Korintus 10:31). Walaupun Perjanjian Baru tidak menghalang tatu atau pencacahan badan, tetapi ia juga tidak memberi sebarang alasan bahawa Tuhan akan bersetuju dengan tatu.

Satu lagi masalah yang perlu dipertimbangkan ialah kesederhanaan. Kitab Injil mengajar kita supaya bersikap sederhana dan sopan (1 Timotius 2:9). Satu aspek bersikap sederhana ialah memastikan badan kita ditutup dengan kain. Yang utama mengenai kesederhanaan ialah tidak menarik perhatian kepada diri sendiri. Orang yang sopan dan sederhana berpakaian dengan cara yang tidak menjolok mata. Tatu dan pencacahan badan memang menarik perhatian. Dalam konteks ini, tatu dan pencacahan badan tidak sopan atau sederhana.

Satu prinsip Kitab Injil mengenai isu yang tidak dinyatakan dengan jelas ialah kita perlu menyoal sama ada tindakan itu memuaskan hati Tuhan atau tidak? Jika tidak, maka kita perlu mengelakkan tindakan itu. ?Segala sesuatu yang tidak berdasarkan iman, ialah dosa.? (Roma 14:23). Kita perlu ingat bahawa badan kita dan roh kita, telah dibayar oleh Tuhan dan adalah kepunyaan Tuhan. Walaupun dalam 1 Korintus 6:19-20 tidak menyatakan dengan jelas mengenai tatu, tetapi ia menggariskan satu prinsip, ?Kamu tentu tahu bahawa tubuh kamu itu tempat kediaman roh Allah. Roh itu tinggal di dalam kamu, dan Allah sendiri yang mengurniakan Roh itu kepada kamu. Diri kamu bukan milik kamu, tetapi milik Allah. Kamu sudah dibeli oleh Allah dan harganya sudah dibayar lunas. Oleh itu, gunakanlah tubuh kamu untuk memuliakan Allah?. Kebenaran ini patut menjadi prinsip perbuatan kita. Jika badan kita kepunyaan Tuhan, kita patut mendapat kebenaran Tuhan dahulu sebelum membuat tatu atau pencacahan badan.

Soalan: Adakah binatang kesayangan pergi ke syurga? Adakah binatang mempunyai roh?

Jawapan: Kitab Injil tidak menyatakan dengan jelas samada binatang mempunyai roh atau akan pergi ke syurga. Walau bagaimanapun, kita boleh merujuk kepada beberapa prinsip di dalam Kitab Injil untuk menjawab soalan ini. Kitab Injil mengatakan bahawa manusia dan binatang (Kejadian 2:7, 1:30; 6:17; 7:15,22) mempunyai nafas. Perbezaan utama antara manusia dan haiwan ialah manusia dicipta dalam imej dan rupa Tuhan (Kejadian 1:26-27). Haiwan tidak dicipta mengikut imej dan rupa Tuhan. Manusia yang dicipta mengikut imej dan rupa Tuhan memiliki sifat-sifat yang serupa dengan Tuhan seperti mempunyai rohani, akal, emosi dan azam, serta mempunyai keperibadian yang boleh terus wujud selepas mati. Jika haiwan juga mempunyai roh, roh haiwan patut tidak sama dengan roh manusia, tetapi lebih rendah mutunya. Roh haiwan tidak akan terus wujud selepas mereka mati.

Satu lagi aspek yang patut dipertimbangkan ialah Tuhan memang mencipta haiwan dalam proses penciptaannya. Tuhan mencipta haiwan dan mengatakan bahawa mereka adalah baik (Kejadian 1:25). Oleh itu, mungkin juga terdapat haiwan yang hidup di dunia yang baru (Wahyu 21:1). Ada kemungkinan besar terdapat haiwan di dunia yang baru (Yesaya 11:6, 65:25). Susah untuk mengatakan bahawa tidak mungkin kita akan berjumpa dengan binatang kesayangan kita di syurga. Tuhan adalah adil dan saksama, kita akan bersetuju dengan rancangan dan keputusan Tuhan mengenai isu ini semasa kita berjumpa dengan Tuhan di syurga.

Soalan: Apa yang dikatakan oleh Kitab Injil mengenai dinosaur? Terdapatkah dinosaur mengikut Kitab Injil?

Jawapan: Topik dinosaur di dalam Kitab Injil menimbulkan satu debat yang serius dalam komuniti Kristian sejak berkurun-kurun lamanya, begitu juga dengan interpretasi buku Kejadian yang betul, dan bagaimana mentafsir bukti-bukti fizikal yang ditemui. Mereka yang percaya bahawa bumi ini lebih tua daripada sejarah Kitab Injil setuju bahawa Kitab Injil tidak menyentuh mengenai dinosaur, kerana mengikut pendapat mereka, dinosaur sudah mati berjuta-juta tahun dahulu sebelum manusia pertama wujud di bumi. Orang yang menulis Kitab Injil tidak berpeluang untuk melihat dinosaur dengan mata sendiri.

Mereka yang percaya bahawa bumi ini lebih muda bersetuju bahawa Kitab Injil ada menyentuh mengenai dinosaur walaupun ia tidak menggunakan perkataan ?dinosaur?. Sebaliknya, ia menggunakan perkataan Hebrew ?tanniyn?. Tanniyn diterjemah kepada beberapa istilah dalam bahasa Inggeris; kadangkala sebagai ?raksaksa laut?, kadangkala sebagai ?ular besar?. Biasanya ia diterjemahkan kepada ?naga?. Rupa bentuk Tanniyn ialah seperti sejenis reptilia yang besar. Makhluk ini disebut tiga kali dalam Perjanjian Lama dan dijumpai di laut dan juga di darat.

Reptilia besar ini disebut lebih kurang tiga puluh kali dalam Perjanjian Lama. Mengikut pendapat pakar-pakar tertentu, Kitab Injil telah menghuraikan beberapa makhluk dengan cara yang serupa dengan huraian mengenai dinosaur. Behemoth dikatakan makhluk ciptaan Tuhan yang paling kuat, seekor raksasa yang ekornya sebesar pokok cedar (Ayub 40:15). Terdapat juga cendekiawan yang cuba menyamakan Behemoth dengan gajah atau badak air. Tetapi terdapat juga orang yang berpendapat bahawa gajah dan badak air mempunyai ekor yang kecil, tidak dapat dibandingkan dengan pokok cedar. Dinosaur seperti Brachiosaurus dan Diplidocus mempunyai ekor yang besar seperti pokok cedar.

Hampir semua tamadun lama mempunyai seni yang menggambarkan makhluk reptilia yang besar. Petroglyphs, barangan buatan manusia dan alat-alat tanah liat yang dijumpai di Amerika Utara merupakan gambar rajah dinosaur moden. Ukiran batu di Afrika Selatan menggambarkan manusia yang menunggang Diplidocus dan, sungguh mengagumkan, makhluk itu juga serupa dengan Triceratops, Pterodactyl dan Tyrannosaurus Rex. Mosaics Roman, seni tembikar Mayan dan dinding bandar Babylonia semuanya menunjukkan hubungan manusia dengan makhluk besar ini. Terdapat cerita Marco Polo di dalam I1 Milione mengenai makhluk besar yang membawa harta besar. Berita mengenai dinosaur pada masa sekarang sering tidak dipercayai.

Selain daripada bukti-bukti sejarah manusia mengenai kewujudan dinosaur bersama manusia, terdapat juga bukti fizikal yang lain, seperti jejak kaki manusia dan dinosaur yang dijumpa di Amerika Utara dan Bahagian tengah barat Asia.

Oleh itu, terdapatkah dinosaur di dalam Kitab Injil? Perkara ini belum dapat diselesaikan. Hal ini bergantung kepada cara kamu mentafsir bukti-bukti berkenaan dan dunia di sekeliling kamu. Di GotQuestions.org kami percaya pada interpretasi bumi muda dan menerima tafsiran bahawa dinosaur dan manusia pernah wujud sekali. Kami percaya bahawa dinosaur mati selepas Banjir Besar disebabkan oleh perubahan cuaca alam sekitar ataupun mereka diburu dan dibunuh oleh manusia.

Soalan: Siapakah Isteri Kain? Adakah Isteri Kain adik perempuannya?

Jawapan: Kitab Injil tidak menyatakan dengan spesifik siapakah isteri Kain. Jawapan yang mungkin betul ialah isteri Kain merupakan adik perempuannya atau anak saudara perempuannya. Kitab Injil tidak menyatakan umur Kain semasa dia membunuh adiknya Abel (Kejadian 4:8). Tetapi oleh sebab mereka ialah petani, mereka mungkin sudah dewasa dan mempunyai keluarga masing-masing. Adam dan Hawa pasti mempunyai anak-anak yang lain semasa Abel dibunuh ? dan mereka juga terus melahirkan anak selepas peristiwa tersebut (Kejadian 5:4). Hakikat bahawa Kain berasa takut selepas membunuh adiknya Abel (Kejadian 4:14) menunjukkan terdapatnya anak-anak lain daripada ibu-bapanya, mungkin cucu dan cicik mereka. Isteri Kain (Kejadian 4:17) mungkin ialah anak perempuan atau cucu perempuan Adam dan Hawa.

Kerana Adam dan Hawa ialah manusia yang pertama, anak-anak mereka tidak ada pilihan lain melainkan berkahwin sesama sendiri. Tuhan tidak menghalang perkahwinan antara ahli-ahli keluarga sendiri sehingga sekian lama iaitu apabila sudah terdapat cukup manusia dan perkahwinan antara ahli-ahli keluarga sendiri tidak diperlukan lagi (Imamat 18:6-18). Perbuatan sumbang muhrim menyebabkan kecacatan genetik dalam anak yang dilahirkan kerana abang dan adik yang berkahwin mempunyai bahan genetik yang sama, ia mungkin diturunkan daripada ibubapa yang mempunyai kecacatan genetik. Kod genetik manusia semakin tercemar dari satu keturunan ke keturunan yang lain akibat kecacatan genetik yang bertambah dan menjadi lebih buruk lalu diturunkan ke generasi berikutnya. Adam dan Hawa tidak mempunyai kecacatan genetik dan hal ini membolehkan generasi pertama mereka mempunyai kesihatan yang baik dan perkahwinan antara ahli keluarga tidak menimbulkan masalah. Anak-anak Adam dan Hawa tidak mempunyai kecacatan genetik, jika ada juga sangat sedikit dan tidak serius. Oleh itu, adalah selamat untuk mereka berkahwin antara satu sama lain. Mungkin ajaib atau keji melihat isteri Kain ialah adik perempuannya. Pada mulanya, Tuhan hanya mencipta seorang lelaki dan seorang perempuan, maka generasi kedua tidak ada pilihan lain kecuali berkahwin dengan ahli-ahli keluarga sendiri.

Soalan: Apakah yang dikatakan oleh Kitab Injil mengenai hubungan homoseksual? Adakah hubungan homoseksual suatu dosa?

Jawapan: Kitab Injil kerap memberitahu kita bahawa aktiviti homoseksual adalah suatu dosa (Kejadian 19:1-13; Imamat 18:22; Roma 1:26-27; 1 Korintus 6:9). Roma 1:26-27 mengajar dengan spesifik bahawa hubungan homoseksual adalah akibat penafian dan penentangan terhadap Tuhan. Apabila seseorang terus hidup di dalam dosa dan ketidakpercayaan kepada Tuhan, Kitab Injil menyatakan bahawa Tuhan membiarkan orang itu menjadi lebih jahat dan jatuh akhlak bagi menunjukkan kepada mereka bahawa kehidupan tanpa Tuhan adalah tidak bermakna dan tiada harapan. 1 Korintus 6:9 mengisytiharkan bahawa mereka yang menjalin hubungan homoseksual tidak akan dibenarkan masuk ke dalam kerajaan Tuhan.

Tuhan tidak mencipta seseorang dengan keghairahan homoseksual. Kitab Injil menyatakan bahawa seseorang menjadi homoseksual disebabkan oleh dosa (Roma 1:24-27), dan juga akibat pilihan mereka sendiri. Seseorang mungkin dilahirkan dengan kecendorongan terhadap homoseksual seperti terdapat orang yang dilahirkan dengan kecendorongan terhadap keganasan dan dosa-dosa lain. Tetapi ini tidak bermakna orang itu mempunyai hak untuk berdosa mengikut suka hati sendiri. Jika seseorang dilahirkan dengan kecendorongan untuk naik marah, adakah ini bermakna mereka boleh naik marah? Pasti tidak! Sama seperti dalam perkara homoseksual ini.

Walau bagaimanapun, Kitab Injil tidak menyatakan bahawa hubungan homoseksual ialah suatu dosa yang lebih serius daripada dosa lain. Semua dosa tidak dibenarkan oleh Tuhan dan menimbulkan kemarahan Tuhan. Hubungan homoseksual hanya ialah salah satu daripada banyak perbuatan berdosa yang disenaraikan di 1 Korintus 6:9-10 yang akan menyebabkan orang itu terpisah daripada kerajaan Tuhan. Mengikut Kitab Injil, pengampunan dosa daripada Tuhan juga diberikan kepada meraka yang menjalin hubungan homoseksual, seperti kepada orang yang berzina, penyembah patung, pembunuh, pencuri dan sebagainya. Tuhan juga berjanji akan memberikan kuasa untuk mengatasi segala dosa termasuk dosa homoseksualiti, kepada mereka yang percaya kepada Yesus Kristus untuk penyelamatan mereka (1 Korintus 6:11; 2 Korintus 5:17).

Soalan: Melancap ? adakah tindakan ini suatu dosa mengikut ajaran kitab Injil?

Jawapan: Kitab Injil tidak menerangkan dengan jelas tentang melancap dan juga tidak mengatakan bahawa melancap ialah satu dosa. Bukan susah untuk kita mempertimbangkan samada melancap itu suatu dosa. Melancap adalah akibat fikiran yang lucah, stimulasi seks dan/atau imej lucah. Semua ini adalah masalah yang patut diselesaikan. Jika masalah nafsu lucah dan pornografi dapat diselesaikan, maka masalah melancap akan dapat diatasi juga.

Kitab Injil menasihati kita supaya mengelakkan kejatuhan akhlak yang berkaitan dengan seks (Efesus 5:3). Tidak mungkin melancap boleh lulus ujian itu. Adakah sesuatu perbuatan itu merupakan dosa atau tidak boleh diketahui apabila kamu bertanya kepada diri sendiri samada kamu sudi memberitahu orang lain bahawa kamu telah melakukannya? Jika kamu berasa malu maka perbuatan itu besar kemungkinan ialah dosa. Satu cara lain yang boleh menentukan jawapan ini adalah apabila kamu bertanya dengan jujur samada Tuhan akan bersetuju dengan perbuatan kamu itu? Tidak mungkin melancap ialah suatu perbuatan yang boleh kita banggakan dan berterima kasih kepada Tuhan kerananya.

Kitab Injil mengajar kita, ?Apa sahaja yang kamu lakukan, sama ada makan ataupun minum, lakukanlah semuanya untuk memuliakan Allah.?(1 Korintus 10:31). Jika tiada alasan menunjukkan sesuatu perbuatan itu boleh memuaskan Tuhan maka perbuatan itu patut dihentikan. Melancap dengan ketara tidak memberi kemuliaan kepada Tuhan. ?Perbuatan orang itu tidak berdasarkan keyakinan bahawa apa yang dilakukannya itu benar. Perbuatan seperti itu dosa.? (Roma 14:23). Mengikut ajaran Kitab Injil, tidak ada alasan melancap boleh memuliakan Tuhan. Kita perlu ingat bahawa badan dan roh kita telah ditebus oleh Tuhan dan dimiliki oleh Tuhan. ?Kamu tentu tahu bahawa tubuh kamu itu tempat kediaman Roh Allah. Roh itu tinggal di dalam kamu, dan Allah sendiri yang mengurniakan Roh itu kepada kamu. Diri kamu bukanlah milik kamu, tetapi milik Allah. Kamu sudah dibeli oleh Allah dan harganya sudah dibayar lunas. Oleh itu, gunakanlah tubuh kamu untuk memuliakan Allah.? (1 Korintus 6:19-20). Kebenaran ini harus menjadi panduan cara kita menggunakan badan kita. Jadi, mengikut prinsipal ini, dengan yakin saya katakan bahawa melancap ialah dosa. Saya tidak percaya melancap boleh memuliakan Tuhan ataupun tidak bercanggah dengan hukum akhlak atau lulus ujian Tuhan yang mempunyai ketuanan ke atas badan kita.