Tahun Ketujuh
(Im 25.1-7)
15
“Pada akhir setiap tahun ketujuh, hapuskanlah hutang orang yang berhutang wang kepada kamu. Beginilah caranya: Setiap orang Israel yang sudah meminjamkan wang kepada sesama orang Israel, mesti menghapuskan hutang itu. Dia tidak boleh menagih hutang itu, kerana menurut keputusan TUHAN sendiri, hutang itu sudah dihapuskan. Kamu boleh menagih wang yang dipinjam oleh orang asing, tetapi kamu tidak boleh menagih wang yang dipinjam oleh sesama bangsa kamu.
TUHAN, Allah kamu akan memberkati kamu di tanah yang diberikan-Nya kepada kamu. Tidak seorang pun daripada bangsa kamu akan menjadi miskin, jika kamu taat kepada TUHAN, Allah kamu, dan dengan teliti melaksanakan segala perkara yang aku perintahkan kepada kamu hari ini. TUHAN akan memberkati kamu sebagaimana yang dijanjikan-Nya. Kamu akan meminjamkan wang kepada banyak bangsa, tetapi kamu sendiri tidak akan meminjam daripada sesiapa pun. Kamu akan menguasai banyak bangsa, tetapi tiada satu bangsa pun akan menguasai kamu.
Jika ada seorang Israel yang memerlukan pertolongan di salah sebuah kota di tanah yang diberikan TUHAN, Allah kamu kepada kamu, jangan pentingkan diri sendiri, dan jangan kamu enggan memberikan pertolongan kepadanya. Sebaliknya, kamu harus bermurah hati dan memberi pinjam kepada orang itu seberapa banyak yang diperlukannya. + Jangan kamu enggan memberi dia pinjam sesuatu, hanya kerana tahun untuk menghapuskan hutang sudah hampir. Jangan biar fikiran sejahat itu masuk ke dalam hati kamu. Jika kamu enggan memberi pinjam, orang itu akan mengadu kepada TUHAN, dan kamu akan dinyatakan bersalah. 10 Berilah dia apa sahaja dengan rela dan murah hati, lalu TUHAN akan memberkati kamu dalam segala usaha kamu. 11 Di kalangan orang Israel, selalu akan terdapat beberapa orang miskin dan yang memerlukan pertolongan. Oleh itu aku memerintahkan kamu supaya bermurah hati terhadap mereka.” +
Cara Memperlakukan Abdi
(Kel 21.1-11)
12 “Jika seorang Israel, lelaki atau perempuan, menjual dirinyao sebagai abdi kepada kamu, bebaskanlah dia setelah dia bekerja bagi kamu selama enam tahun. Pada tahun yang ketujuh, kamu mesti membebaskan dia. 13 Apabila kamu membebaskan dia, jangan biarkan dia pergi dengan tangan kosong. 14 Dengan murah hati berilah dia apa sahaja yang dikurniakan oleh TUHAN kepada kamu, seperti domba, biji-bijian, dan wain. 15 Ingatlah bahawa dahulu kamu dijadikan hamba di Mesir, dan TUHAN, Allah kamu telah membebaskan kamu. Itulah sebabnya aku memberikan perintah ini kepada kamu.
16 Tetapi mungkin abdi kamu itu tidak mahu dibebaskan, kerana dia mengasihi kamu dan keluarga kamu, dan dia suka tinggal dengan kamu. 17 Jika demikian, bawalah dia ke pintu rumah kamu, lalu di situ tindiklah telinganya. Lalu dia akan menjadi abdi kamu seumur hidupnya. Begitu juga yang harus kamu lakukan terhadap abdi perempuan kamu. 18 Jangan berasa kesal apabila kamu membebaskan seorang abdi, kerana dia telah bekerja bagi kamu selama enam tahun, dengan separuh gaji seorang pekerja.p Lakukanlah perintah itu, maka TUHAN, Allah kamu akan memberkati kamu dalam segala usaha kamu.” +
Anak Sulung Lembu dan Anak Sulung Domba
19 “Asingkanlah semua anak sulung lembu dan anak sulung domba kamu untuk TUHAN, Allah kamu. Jangan gunakan lembu itu untuk membuat kerja, dan jangan gunting bulu domba itu. + 20 Tiap-tiap tahun kamu dan keluarga kamu harus makan binatang itu di hadirat TUHAN di satu tempat ibadat yang dipilih oleh TUHAN. 21 Jika binatang itu mempunyai kecacatan seperti tempang, buta, atau kecacatan lain yang teruk, jangan persembahkan binatang itu sebagai korban kepada TUHAN, Allah kamu. 22 Kamu boleh makan binatang seperti itu di rumah. Baik kamu tahir ataupun najis, kamu semua boleh makan binatang itu sebagaimana kamu makan daging rusa atau kijang. 23 Jangan makan darah binatang itu; curahkanlah darahnya ke tanah seperti air.” +
+ 15:8 Im 25.35 + 15:11 Mat 26.11; Mrk 14.7; Yoh 12.8 o 15:12 menjual dirinya; atau dijual. p 15:18 separuh gaji seorang pekerja; atau telah bekerja dua kali lebih berat daripada seorang pekerja. + 15:18 Im 25.39-46 + 15:19 Kel 13.12 + 15:23 Kej 9.4; Im 7.26-27, 17.10-14, 19.26; Ul 12.16, 23